Tag 1

March 29, 2010 ILA shafila 1 Comments

tag dari http://saisia-arissa.blogspot.com

[1] Siapakah diri anda di rumah?
~ Hanya wanita biasa yang menguruskan rumah tanpa suami kesayangan di sisi (PJJ)dan ibu yang ROCK kepada puteri kesayanganku Alisha Adnain.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
~ Kena tanya mereka2 yang menjadi rakanku.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
~ Apa ya...? setakat ni, Alhamdulillah semua yang diidamkan dah tercapai. Esok lusa tak tau lah.

[4] Siapakah nama pasangan anda?
~ Mohd Razaleigh Bin Mohd Saleh

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
~ Cik suami pandai masak. Sedap wooo...
~ Cik suami baik, bertanggung jawab dan sayang pada saya dan Alisha.
~ Cik suami hormat pada orang tua (esp pada bapa dia dan ibu bapa saya)
~ Cik suami tak kedekut dengan saya.
~ Cik suami pandai ambil hati saya.

[6] Bila tarikh anda couple?
~ June, 2007 (tarikhnya kena tanya cik suami)

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
~ Dah lupa tapi kenangan manisnya banyak sangat.

[8] Lagu tema cinta anda?
~ Tak de. Nanti saya tanya dia.

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
~ Harap sangat cik suami takkan berubah. Saya suka segalanya pada cik suami. Dari belum kawin sampai sekarang, dia tetap sama.

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
~ Siapa sahaja yang tertarik dengan tag ini.

hachi

1 comments:

Abah n Alisha

March 24, 2010 ILA shafila 0 Comments

Cik suami balik bercuti selama seminggu.
Walaupun hanya seketika, sekurang2nya dapat juga melepas rindu.



[abah ucuk la Alisha]



[abah ngan alisha]

hachi

0 comments:

Menyesal....

March 09, 2010 ILA shafila 0 Comments

Salam.

On da way datang keje tadi, aku dengar HotFM. Biasalah pagi2 dalam kete mesti nak dengar celotah budak dua orang tu (FAFAU n FBI). Hot chat pagi ni pulak adalah MENYESAL. Apa yang aku dengar kebanyakannya menyatakan penyesalan diri mereka dalam perkahwinan. Dan setakat yang aku dengar semuanya perempuan.

Dalam usia perkahwinan aku yang baru setahun dua bulan ni, Alhamdulillah belum lagi terlintas di dalam fikiran untuk rasa MENYESAL dengan perkahwinanku walaupun melayari perkahwinan ini berjauhan antara satu sama lain. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan menyintai aku, seorang anak yang menjadi pengikat kasih sayang antara kami dan boleh aku katakan REZEKI yang murah. Dan cik suami tidak lokek dalam segala hal. Dengan ini aku dapat merasai kebahagiaan dalam perkahwinan aku. Pada aku yang penting adalah KEPERCAYAAN, KERJASAMA dan KOMUNIKASI yang baik. Semua masalah dapat diselesaikan sekiranya ada semua ini.

Mungkin ada orang akan berkata "Alah baru setahun jagung, bolehlah berfikiran begini". Ya...aku tak tahu apa yang berlaku bertahun-tahun akan datang. Masih terlalu banyak kekurangan yang ada pada diri ku ini dan mujurlah cik suami dapat memahami aku. Apa yang aku mampu lakukan ada layari perkahwinan sebaik mungkin, perbaiki kelemahan dan kekurangan diri (bukan untuk sesiapa tetapi untuk diriku sendiri) dan hormat menghormati antara satu sama lain dan selalu berdoa kepada Allah agar memberi kebahagiaan kepada keluargaku.

InsyaAllah, semoga Allah memberi rahmatnya dan memberi peluang untuk aku menjadi umat yang patuh dan taat kepada ALLAH, anak yang baik dan taat kepada ibubapaku dan bapa mertuaku, isteri yang baik dan taat kepada suamiku, ibu yang baik dan sempurna kepada anak2ku dan kakak yang baik kepada adik2 ku.

hachi

0 comments: