Alisha dah 8 bulan.



10 August yang lepas, tuan puteri ni mencecah umur 8 bulan. Alhamdulillah, sudah banyak perkembangan yang ditunjukkannya. Terkini, dia sudah mula belajar berdiri dengan melepaskan tangannya dari sebarang sokongan. Hehehe....walaupun seketika cuma, dia tetap berjaya. Dapur sudah menjadi tempat dia bermain dan pantang sungguh dia melihat pintu bilik air terbuka, meluru sahaja dia nak masuk. Mulutnya sudah mula mengeluarkan suku kata - ta...da...bu...ma...ba. Sekali sekala terkeluar juga ibu dari mulutnya :)






Anak ibu membesar jadi manusia yang berguna dan beragama ye...Amin.

Post a Comment

0 Comments