i City

Nak share sedikit momen ketika ke i City, sabtu lepas. Saja jalan-jalan bawa mak dan abah yang kebetulan datang menjenguk cucu mereka (huhuhu...atas permintaanku juga kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan). Niat di hati memang dah lama nak pergi tapi tak kesampaian.

Nak masuk kena bayar tiket sampai rm10. Huhuhu...sebab hari sabtu kah? sebab En. driver merangkap adikku kata sebelum ini hanya rm1. Whatever lah. Layan je lampu2 yang berwarna warni sementara mencari tempat parking.

  • Kupon yang sah untuk 24 jam
  • Boleh tebus di cold room / safari zoo


    Orang ramai sangat. Mungkin sebab hujung minggu kot. Kesian kat mak ngan abah kena jalan jauh sebab dapat parking yang agak jauh.

Cantik kan ....



My gambar dari D3000 tak menjadi sangat. Macam nak kena beli flash je or settingnya tak betul lagi (^_^). So, kebanyakan gambar snap guna hp je.

Alisha yang baru bangun tidur.

Mak yang macam malu-malu bila aku suruh pose ngan abah :)

Alisha ngan Atuk dah jadi BFF. Kat rumah pun asyik nak ikut atuk je.

Alisha dengan ibu. Ala....dia nak pergi kat Atuk masa ni.



p/s: Lain kali nak pi ngan cik suami pulak. Bila abang nak balik Puchong ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. mhlnye ticket..anyway..cantek lampu2 tu..teringin nak pegi..

    ReplyDelete
  2. dekat sgt ngan rumah sy..dekat sgt2..tp kami tak terigin nk pegi lagi..sbb sesak sgt..masa baru2 bukak..free je..pernah la lalu2 dpn tu..skrg ni dah jem kawasan tu...rimas jugak kengkadang..hehe

    ReplyDelete