Balik kampung

Sempena cuti Deepavali, ku angkut Alisha balik kampung. Yelah, bagi jumpa atuk ngan opah dia. Sebabnya hujung minggu ni, kami berdua nak ke Miri jumpa cik suami dan langsung menyambut hari raya aidiladha di sana. Akan berada di sana selama seminggu.

Kat kampung manja betul anakku itu dengan atuknya, syok sangat bermanja2 ngan atuk sampai taknak kat aku. Puas juga nak mengajak dia tidur.

Main ngan atuk

Opah pulak asyik bagi makan je. Dah boolat perut Alisha :)

Mulut penuh makan tembikai

Naik Ultraman.




Balik KL hari ahad tu, kena tempuh jam yang teruk. Perjalanan 4 setengah jam melarat ke 9 jam. Nasib baik Alisha tak meragam. Tidur je dia. Sampai Puchong, semua tumbang tidur kepenatan.

Post a Comment

1 Comments