2 tarikh, 3 peristiwa

Salam to all,

Kenapa dengan tajuk di atas tu?

Meh ku nak cerita :)

Entri ni sebenarnya terlewat sikit, tapi tak mengapalah. Yang penting, ceritanya tetap ada.

10 Disember:

Pada tarikh ini, setahun yang lalu tepat pukul 1 petang, ku dengan rasminya bergelar IBU kepada seorang puteri yang sangat comel. Puteri ini dinamakan ALISHA ADNAIN yang memberi makna "dilindungi Allah" dan gabungan nama salah satu Syurga Allah Syurga Adn' dan mata.
Tiada sambutan yang meriah, cuma makan-makan biasa di kampung bersama mak, abah, adik2 dan mak ndak dan anak2nya serta Atuk. Ku hanya belikan sebiji kek dan KFC sahaja. Mak pula rajin membuat nasi goreng sebagai tambahan.
Alisha sibuk mengusik sana sini, kami yang dah besar ni yang melebih2.

Alisha sayang: Selamat ulangtahun pertama ye. Ibu doakan semoga Alisha dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu. Semoga Alisha menjadi anak baik kepada ibu dan abah, sentiasa cemerlang dalam semua bidang yang Alisha ceburi dan beriman kepada Allah serta berjaya di dalam kehidupan.

14 Disember:

Pada tarikh ini, 32 tahun yang lalu, ku lahir ke dunia, menjadi anak sulung kepada Haji Shafie dan Hajah Foziah. Alhamdulillah, dengan ajaran dan didikan mereka, ku membesar menjadi diriku sekarang.

Mak dan Abah: Terima kasih kerana melahirkan Ila ke dunia ini. Jasa mak dan abah membesarkan Ila dan adik2 ini sungguh bernilai. Rasanya tidak dapat ditebus selagi hayat dikandung badan. Hanya Allah Taala yang dapat membalasnya kerana semua itu sungguh bernilai jika hendak dibanding dengan semua yang ada di dunia ini.

Pada tarikh ini juga, 2 tahun yang lalu ku SAH menjadi isteri kepada Mohd Razaleigh. Tahun lepas ketika menyambut ulangtahun pertama, ku sedang berpantang dan cik suami berada di sisi. Tahun ini, cik suami tidak berkesempatan untuk pulang. So, abang....kita tunda celebration nya ke bulan depan bila abang balik ye :)

Abang: Terima kasih kerana dua tahun yang bahagia ini. Semoga kita sentiasa bahagia dan kekal bersama sehingga keakhir hayat. Terima kasih kerana masih belum penat melayan karenah isteri abang yang macam2 ni.
.
.
.
.
.
Tiada kata2 yang dapat menggambarkan perasaan ku yang sebenarnya terhadap insan2 yang kusayangi ini. Ucapan terima kasih mungkin sesuatu yang biasa. Tetapi itulah yang dapat ku tulis. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana berpeluang menjadi sebahagian dari mereka.
Semoga allah berkati kami semua.

Post a Comment

0 Comments