USM Part 2 @ Perangai baru Alisha

Kebetulan ada gap satu hari, ku balik kampung untuk menghantar bekalan susu buat Alisha. Owhhh...rindu sungguh aku pada puteriku itu membuatkan air mata ini mengalir sendiri bila menyentuhnya. Baru tiga hari berpisah terasa begitu lama sekali.

Alhamdulillah, semakin lancar jalannya. Macam2 perangai baru yang ditunjuknya. Yang terbaru: dapat je telefon, mesti nak letak kat telinga. Kononnya tengah bercakap. Siap berjalan2 lagi.



Tengok, dah makin bulat mukanya. Apa tidaknya, semua opah bagi makan :)

Balik semula ke USM pada pagi jumaat. Sampai dalam pukul 10.10 pg, terus masuk kelas Intoduction to numerical analysis sampai pukul 12 tgh. Petangnya ada kelas lagi dari pukul 3-5 ptg dan exam pada sebelah malam pukul 8-10 mlm.

Leceh betul pak guard kat Restu ni, kereta memang dah tak boleh masuk kalau tak de orange sticker. Di sebabkan ada beg, ku request masuk juga (gila nak jalan usung dua tiga beg mendaki jalan yang macam mendaki bukit). Diorang siap mintak tinggalkan lesen dan bagi masa 10 minit aje.

Masuk je dalam ku tengok banyak kereta dah kena clamp tapi masih banyak juga yang dapat parking dengan selamatnya. Oh ye, nak dapatkan orange sticker tu mesti kena ada surat dari doktor yang menyatakan kesihatan tidak memuaskan. Hampeh....

Siap hantar beg2 ke bilik, ku bawa kereta keluar dan masuk balik USM, parking kereta dekat DP.

Hari ni (sabtu) memerap saja di bilik. Esok pun macam tu juga. Cuma petangnya ada exam dari pukul 5-7 ptg.

Hari isnin nanti nak kena pergi canselari. Nak minta salinan surat tawaran belajar. Entah mana pulak hilangnya salinan yang aku dapat dulu. Lepas tu nak pergi PPJJJ nak ambil borang drop kursus. Macam tak konfiden je nak buat 312.

p/s: tadi baru telefon abah, cakap ngan Alisha. Tak tahan dengar diorang ketawa dengan telatah Alisha. Mak cakap hari ni, dia asyik nak pakai topi. Macam2 anakku itu. Rindu sangat pada Alisha ni. Cik suami pulak keluar belayar. Kemungkinan sampai 9 Disember nanti. Lagi lah rindu padanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. blogwalking + follow...

    mehla jenguk blog comey nor..
    exchange link..

    (^_^)

    ReplyDelete