Enter your keyword

Wednesday, June 30, 2010

Grrr...grr...

By On June 30, 2010
Mood tak berapa nak ok hari ni.

Cuai betul. Tak sampai sepuluh langkah pun jaraknya dari machine ATM tu. Macammana boleh lupa? Dah puas cari dalam beg. Tapi tak de. Orang kat sebelah tu ke yang ambil. Adoi...lepas hampir 45 minit baru kad atm Maybank ni di block. Harap2 orang yang mengambil tu tak sempat nak menggunakannya lagi. Kalau tak abis duit aku riban2.

Nak kena pergi bank la pulak untuk semak akaun dan buat kad baru. Kan dah banyak kerja.

Saat macam ni, kan bagus kalau ada yang sudi mendengar keluh kesah hati ini. Cukuplah sekadar mendengar bukannya mengeluarkan kata2 amarah yang menyakitkan hati.


hachi

Friday, June 04, 2010

Alisha yang tak sihat.

By On June 04, 2010


Alisha demam on off on off sejak sabtu lalu.
Tapi semalam panasnya makin meninggi.
Risau ibu dibuatnya. Susu pun tak nak minum sangat.
Ibu bawa Alisha ke Hospital Universiti.
Mula-mula nurse check dan ambil darah.
Berat - 6 kg (turun 0.2kg dari yang ditimbang pada hari isnin)
Suhu - 38.2C (aduh risau ibu)
Darah - Untuk check electrolyte dan denggi.
Dua-dua tangan anak ibu kena cucuk sebab sebelah kiri tak boleh
keluar. Baik betul anak ibu sebab tak menangis langsung. Mungkin tak
larat sangat kot anak ibu ni tertidur masa darah dilkeluarkan.

Alhamdulillah, bila jumpa doktor. Darah anak ibu ok je. Paru-paru ok. Abdomen ok. Telinga ok. Cuma kerongkongnya merah sikit. Mungkin sebab batuk. So diagnosis doktor adalah tonsilitis dan virus infection (which is very common to infant and children).

Doktor cuma bagi pracetamol syrup dan augmentin syrup (antibiotic). Tiada ubat untuk selsema dan batuk sebab ubatnya boleh menyebabkan mengantuk. Doktor takut berlaku masalah pernafasan semasa tidur.

Sudahnya, ibunya hanya ke pejabat separuh hari dan hari ini ibu ambil cuti kecemasan untuk jaga Alisha.


[Alisha lepas makan ubat]

Tapi anak ibu ni tak boleh duduk diam. Bila badan dah rasa sedap sikit mulalah dia buat operasi balik. Alisha... Alisha...

Malam tadi pukul 2 pagi dia dah jaga.. main sampai pukul 4. Ibu pun kena berjaga sekali. Aduh dah rasa longlai. Tapi demi puteri yang seorang ni tidak mengapalah. Apalah sangat semua itu bila melihat anak ibu ni kembali sihat. Semoga anak ibu ni sentiasa sihat ye. Jangan sakit lagi ye sayang.


hachi

Popular

Blog Archive