Mood: Geram

Salam semua,

Tajuk kat atas sedikit sebanyak mengambarkan perasaan saya semalam dan hari ini.

Sejak melangkau usia setahun (sekarang setahun dua bulan), my tuan puteri dah ditempatkan sekali dengan budak2 besar yang lain.

2 minggu berlalu tanpa sebarang masalah. Tapi, dua hari lepas sewaktu mandikan Alisha, ku terperasan akan kesan lebam sebesar syiling 5 sen di bahagian bahu Alisha. Ketara sangat ada bekas gigi pada kawasan lembam itu. Pagi semalam sewaktu hantar Alisha, ku tanya kan pada staf taska. Jawabnya, dia pun tak perasan. Tapi memang ada seorang budak yang suka menggigit.

Petang semalam ketika aku mandikan Alisha, ada lagi kesan lebam yang baru di bahagian lengan. Lebih besar. Dan jelas kelihatan kesan gigi atas dan bawah dan kesan seperti ditarik. Kesian my tuan puteri. Tadi, sewaktu hantar Alisha, ku tanya lagi pada staf taska. Jawabnya, Alisha memang kena gigit. Rasa nak marah pun ada dengan jawapannya. Takkan nak marah dia. Mereka bukan menjaga anakku seorang. Sekadar berpesan supaya lebih beri perhatian kepada budak yang suka menggigit itu supaya dia tidak lagi menggigit orang lain.

Huhuhu.. harap perkara ini tidak berlaku lagi hari ini.

Macammana nak menangani situasi macam ini di taska?
Kena bagi tahu pada mak bapa budak ni supaya pantau anak mereka ketika berada di rumah kah?

Post a Comment

2 Comments

  1. kalo di taska mmg cmtu..
    takleh nak blame 100%..
    tp sian kt anak kan..kene geget..
    mesti dia meraung :(
    sy byk bad exp kt taska..
    sbb tu sy cr pgasuh peribadi..
    alhamdulillah..selesai mslh :)

    ReplyDelete
  2. Baru je kes macam ni krsty.
    So far, staf2 kat taska tu memang bagus. Bila amik, anak tak terbiar, bersih dan cukup makan. Diorang memang jaga betul. Ada aktiviti pembelajaran dan macam2. Setahun 2 bulan dan pandai nak baca doa bila makan (tp bahasa budak la):)
    Mungkin sebab benda dah nak jadi.

    ReplyDelete