Salam Ramadhan

Salam ramadhan buat teman2 blogger.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan umur, dapat kita menikmati rahmat Ramadhan sekali lagi.

Alhamdulillah, hari ini, sempena 1 Ramadhan, satu perkara yang baik telah berlaku. Tidak perlu aku jelaskan di sini kerana perkara ini melibatkan rasa diri seseorang. Semoga persahabatan yang terjalin akan kembali jernih. Dan tidak perlu lagi memandang perkara yang telah berlaku. Dan aku berharap semoga dengan kehadiran bulan seribu rahmat ini, teman ini akan di curahkan rezeki yang murah oleh Allah dan terus bahagia bersama keluarganya.

Dengan usia kandungan 25 minggu, aku berharap, tahun ini aku dapat menunaikan ibadah puasa sepenuhnya. Dan semoga Allah memberi kekuatan untuk mengharungi rasa lapar dengan sebaiknya. Dan semoga Allah memberi kekuatan iman untuk menjalan ibadah ini dengan penuh ketakwaan.

Sekali lagi tahun ini, aku tidak dapat berpuasa bersama2 dengan cik suami kesayangan di atas desakan kerja yang memaksa kami berjauhan. Semoga si dia, dapat menjalankan ibadah puasanya dengan sempurna di sana.

Akhir sekali;




Selamat menjalankan ibadah puasa buat teman2 dari diriku, Cik suami dan Alisha Adnain.

Post a Comment

2 Comments

  1. jap je da 25 minggu kan..
    emm..insyaallah,boleh berjuang puasa penuh tu.

    selamat menjalani ibadah puasa ya!mudahan amalan diberkati..

    ReplyDelete
  2. moga kita diberikan kekuataan untuk terus berpuasa.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete