Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Hero saya ini sudah genap 3 bulan hari ini.

Sudah pandai bersembang, ketawa besar bila diagah, pandai merajuk - suka sangat mencebik bibir. Dan sudah mula meniarap sejak seminggu yang lalu. Alfeey anak yang tak banyak ragam.



Hari ini, hari pertama Alfeey dihantar ke taska. Senang sangat dia. Kakak pula yang terlebih menangis. Ye lah, 3 bulan berkepit dengan ibu :)

Semoga kakak2 di taska dapat menjaga kedua2 anakku ini dengan baik. Aku hanya menangis dalam hati (hehehehe..) tak de orang nak pujuk pun maklumlah cik suami masih lagi di Miri. Tak tahu lah bila PJJ ni akan berakhir.

Alisha, seperti biasa, masih lagi membuli adik (nakal). Pada usia 2 tahun 1 bulan sudah pandai berdikari. Semua benda nak buat sendiri. Makan, pakai pampers, pakai baju, mandi (siap sabun badan tau :P ).

Model tangga :)

Jom solat.

Sudah selesai solat ni.




Last sekali,

4 Comments

  1. kejap je masa berlalu kan fila..
    besar sudah anak2..(walaupun belum lah besar mana pun.hhee)

    ReplyDelete
  2. Betul kata Ash, sekejap je masa berlalu. Dapatlah merasa jadi fulltime house 3 bulan. Tengok anak2 ni membesar 24 jam depan mata. Seronoknya. Cemburu pada Ash :P

    ReplyDelete
  3. wow, your son and daughter are so cute. I wish them to have a great life in the future.

    ReplyDelete
  4. thanks liontemplate.

    ReplyDelete