Petua hilangkan batuk dan selsema pada bayi.

Sejak seminggu lepas, kakak dan adik bergilir kurang sihat. Mula2 kakak demam, lepas dua hari adik pulak yang kena. Demam baru nak ok, kakak kena selsema pulak. Asyik meleleh saja hidung :( Apalagi, adik pulak terkena selsema. Kesian adik.....tidur pun jadi tak lena. Belum habis selsema, kakak batuk pula. Terjangkit lagi adik. Memang ambil giliran betul.

Sekurang2nya Alisha dah pandai hembus hidung dan ludah kahak bila batuk. Lepas dua hari makan ubat, kakak semakin sembuh. Tapi Alfeey masih lagi ada selsema dan batuknya. Sampai meleh air mata bila batuk. Sekali sekala, kedengaran bunyi kahak.

Hantar taska pagi tadi pun, Alfeey batuk tak berhenti. Kesian anak ibu. Mujur malam tadi, adik tidur lena lepas saya sapu kunyit yang ditumbuk dan dicampur minyak masak kat dada dan belakangnya. Ini petua yang saya dapat malam tadi bila saya meng'google' petua untuk hilangkan batu pada bayi.

Beberapa petua lain yang saya jumpa adalah:

1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.

2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

Saya guna cara yang kedua. Kunyit hidup. Tapi saya tumbuk terus dalam lesung batu. Campur dengan minyak masak dan sapu di dada dan belakang Alfeey.

InsyaAllah, semoga batuk dan selsema Alfeey akan hilang. Kasihan anak2 bila mereka tak sihat macam ni. Tidur jadi tak lena dan selera makan pun hilang. Sebagai ibu, saya tidak kisah berjaga malam untuk menjaga mereka. Asalkan anak2 sihat saja.





Post a Comment

9 Comments

  1. SALAM..
    situasi yg same berlaku pd anak2 sya,
    si abang since masuk skool..xbaik2 batuk & selsema dia..this time si adik lak kena..huhu

    puas dh mncarik cam2 ubat tuk mereka..tp camtu gak, abg dh baik adik lak kena..rotate je infection tu xmo gak ilang2..

    if petua yg dintayakan berkesan..sya nak cuba buat experimen kt mereka..heheh ;) xsanggup dah rasenyer..batuk mgalahkan sya sndri batuk

    ReplyDelete
  2. as salam..
    anak pun tgh batuk2 ni..tu yg tgh google..cz makan ubat batuk tp xsembuh2 jugal..risau..nk cuba petua tradisional pulak..

    ReplyDelete
  3. Sian rayyan skg ni batuk dn selsema.pg klinik sudah.antibiotik pun dh habis dimknnya tapi btuk dn selsema tk jg baik.skg sy amalkn letak kunyit hidup yg disapu dgn kapur mkn dn sy calitkn di btg hidungnya.pas ni nk cuba cara gunakn bwg putih ni plak..tq for info.hope rayyan cpt baik spt sediakala.

    ReplyDelete
  4. Shila Zackry

    bila dah ada anak lebih dari seorang ni, ikut giliran pula sakitnya. Mama yang susah hati tengok anak2 yang lambat nak recover.

    SaRaa

    ubat dah habis sebotol tapi batuk tak hilang2 juga.

    Deqna Mas

    Semoga Rayyan sihat ye. Saya amalkan kunyit hidup tu. Alhamdulillah berkesan.

    ReplyDelete
  5. Ank sy pn batuk x baik2... Makin malam makin menjadi batuk dia.. Sy nk try la cara kunyit hidup tu... Dulu ms dia bayi tu slalu gak wat.. Tp xcmpur dgn myk masak.. Kali ni hrp berjaya... Sian sgt tgk dia... :-(

    ReplyDelete
  6. Salam

    sy nk cadangkan 1 krim untuk hilangkan selsema dgn cepat...
    kalu berminat baca kat sini

    Kenapa Krim? Bukan ke dh byk ubt selsema kat pasaran?
    Jawapannya: Sapuan lebih mudah terutamanya pada kanak-kanak dan bayi yang tidak sesuai minum ubat. Kesan mengantuk TIADA. Dengan sapuan ia mengurangkan kesan sampingan pada badan berbanding ubatan minum. lagipun kesannya FANTASTIC!!
    https://www.facebook.com/VariousBrandOfProduct

    atau hubungi saya SHARIFAH 0143388017

    ReplyDelete