Anak Itik Tok Wi 
Mandi Dalam Kolam
Sakit Apa Tok Wi 
Sakit Sendi Tulang

Ubat Apa Tok Wi
Ubat Limau Lelam
Sakit Apa Tok Wi
Sakit Sengal Tulang

Mesti anda semua dah biasa dan lali dengan lagu 'Anak Itik Tok Wi' ni. sangat terkenal di zaman kanak-kanak kita dulu malah sehinggalah sekarang. (Huhuhu..terkengang balik zaman kecil2 dulu). 
Setiap kali balik taska mesti ada lagu2 baru yang Alisha nyanyikan.

Jadi, balik kampung minggu lalu, saya bawa anak2 berjalan2 di pasar. Memang dah tahu tempat favorite Alisha. Mesti nak pergi tengok Apek tua yang jual anak ayam dan itik.

Selalunya dia nak tengok saja. Tapi kali ni siap cakap nak beli itik.

Maka.....


Hehehehe....Kasihan atuk dengan opah yang kena tolong bela bila tuannya balik Puchong. 

Sebelum ni, dua ekor  anak ayam. Atuk dan opah juga yang kena bela. Bila dah besar kena sembelih dan buat gulai. 

*
Anyway, selamat menjalani ibadah puasa di hari ke-3 ini ye.


0 Comments