Soto Ayam dan Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum....dah tengah hari derr... Perut dah rasa lapar pulak. Masa berpuasa sebulan Ramdhan yang lepas, tak terasa pun rasa lapar bila masuk waktu macam ni. Sekarang ni, masuk je pukul 12, perut dah berkeriut bunyi minta di isi. Bila dah lapar ni, terasa nak berkongsi nak story sikit tentang 'not so open house" yang saya buat jumaat lepas, sempena cuti hari kebangsaan kita. Saya ada buat makan sikit2 memandangkan Mr. Hubby masih lagi bercuti. Bila dah kecil-kecilan ni, kita masak sendiri je lah. Oppsss....bukan saya :( tapi Mr. Hubby lah - my masterchef :) Thank you sayang.

Menu kami hari tu -
Soto ayam
Sagu gula melaka (saya buat yang ni tau. Hehehehe...)
Lemang (beli ready made kat Giant)
Rendang ayam
Kuah Kacang (pun beli kat Giant, lupa pulak namanya, cuma bancuh dengan air panas tapi saya masak atas api. Serius cakap, tak rugi mencuba)
Kek batik (saya juga. Hehehe...) 
Biskut-biskut raya, dan Sirap bandung soda.
(so faham-faham jelah, mana yang tak bertanda tu was made by Mr Hubby lah)

Kami mencuba resepi dari CMG Dapur tanpa sempadan untuk menu soto dan sagu gula melaka. Jom kita tengok resepinya.


BAHAN KUAH SOTO 



 1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*
(*bahan-bahan ini dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel (kami tak buat pun)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa.
UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...

SAGU GULA MELAKA




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram sago biji, cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan


1 ketul gula melaka, hiris kecil + 1/2 cawan gula pasir  + 1 1/4 cawan air + 1 helai daun pandan (disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)

Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk.

p/s - kami follow resepi ni bulat2. Alhamdulillah tidak mengecewakan langsung. Thank you CMG. Gambar atas tu sna guna hp saya je. Terlupa pulak nak snap meja hidangan kami. Lain tahun lah ye.......

Post a Comment

0 Comments