Jeng jeng jeng...
Alfeey dah boleh jalan... 
Ibu senang hati...
Bila dah dapat kaki ni....
Lagi lah penat ibu nak melayan...

Tukang "kemas rumah" :)

Sebenarnya dia mula nak mengatur langkah ni sejak 10 bulan lagi. Tapi betul2 berani bila dah masuk 11 bulan. Lambat banyak dari kakak. Tapi lain anak lain perkembangannya kan. Ye lah, kata orang (yang saya google lah), budak lambat jalan ni, otot kaki dia kuat. Tak lah jalan terhoyong hayang. Hehehehe....apa-apa lah. Janji, perkembangannya normal.

Ok... jom layan pulak vid kakak. Tak acilah kalau adik saja yang dapat peluang enter frame.


Dah dua minggu saya potty training Alisha (hujung minggu saja). Alhamdulillah, tiap kali nak wee wee, dia ke toilet. Training pant pun kering saja. Tapi kerap betul dia ke toilet. Tak dengar apa2 pun, tiba-tiba dengar bunyi flush je. Kali pertama dia poo poo di toilet, pagi jumaat lepas. Mak aihh....riuh satu blok boleh dengar dia jerit dari dalam..."Ibu kakak dah pandai b**** kat j*****". Siap ketawa besar lagi. Kuss semangat ibu dia. Ye lah... pukul 6 pagi. Kebanyakan orang tidur lagi. Tak susah nak training anak kita bila dia sendiri dah bersedia. 

Tapi ke taska, saya masih bekalkan pampers dan beberapa helai training pants untuk Alisha. Takut juga bila dah leka, dia terlupa pulak nak ke toilet.

Anyway cuti hujung minggu kali ni, saya sedikit penat melayan karenah AA dan mengemas rumah. Raya haji  kan dah dekat (padahal sambut di kampung). Alisha pun masih dalam proses mengenal ABC. Walaupun dia dah boleh membaca dan mengenak A-Z secara turutan. Tapi bila mengenal abjad secara random, dia sedikit teragak2.












1 Comments

  1. Congrats alfeey dan alisha.dan tuk mamanya juga...
    Tak sabar tunggu aaron berjalan..hehe

    Ni merangkak satu umah,penat tgk die guna kaki tangan serentak kan..hehe

    ReplyDelete