One Year Old Alfeey

Anak bujang saya ni sudah pun menjejak setahun pada 2 November lepas. Saya tak buat majlis yang hebat pun. Hanya sekadar beli kek dari King's (pilihan kakak yang tak berapa sihat). Bukan tak mahu buat sambutan hari jadi untuknya...tapi saya merancang untuk buat sambutan hari jadi di Taska sahaja bersama-sama dengan kawan2. So nanti saja lah saya berkongsi tentang sambutannya. 

Pagi 2 Nov: Baru bangun tidur dengan style rambut baru.

Eh...siapa punya birthday ni?

Dah comot pun

Semakin nakal dia.

Aksi Alfeey

Alhamdulillah, sebagai ibu saya bersyukur kepada Allah kerana menganugerah amanah (Alfeey Adham) ini kepada saya dan suami. Saya masih lagi berusaha memperbaiki diri saya di dalam proses menjadi seorang ibu yang sempurna buat anak-anak saya. Doa saya semoga Alfeey dapat terus membesar dengan penuh kasih sayang dari saya suami isteri dan sentiasa dilindungi Allah serta dikurniakan kesihatan yang baik. Juga, semoga anak saya ini menjadi muslim yang taat kepada Allah dan insan yang baik kepada masyarakat. 

Alfeey Adham: Ibu sayang kamu. Selamat Hari Lahir =)



Post a Comment

0 Comments