Timmy Time; Time for Alisha and Alfeey


Pernah tengok siri animasi Timmy Time?

Siri kegemaran Alisha dan Alfeey.


Ditayangkan di channel 615 @ 9 malam.

Sedikit info tentang siri animasi ini, yang saya copy paste dari Official Website Timmy Time

Each Episode will follow a day in the life of Timmy and his friends in Nursery. The daily routine is usually disrupted when Timmy or one of the class is naughty, or over inquisitive, or sibling rivalry erupts. For the young animals it's all in the day to day experience of learning about life, friendship and trial and error.

Timmy is the central character and the stories revolve around him. Storylines are strong but simple enough to be told without dialogue using a unique combination of expressive character animation, gesture and reactions, comedy and slapstick, Baahs, quacks and oinks etc.

Timmy can be a bit of a handful only because he's eager and enthusiastic. In each Episode he will learn something about himself and his friends as well as the days' activities.



The main Character: TIMMY

Mesti ada yang bertanya, kenapa saya biarkan anak2 saya tidur lewat dan masih lagi menonton tv. Jangan risau ye, habis je rancangan ni, diorang terus sahaja tidur (selalunya Alfeey lah yang akan tidur dahulu....Alisha masih sibuk bersembang lagi bercerita tentang apa yang dia buat di school). Ada juga hari2 yang diorang tak tengok sebab dah tidur awal.

Masa menonton rancangan ni lah saya dapat guling-guling atas tilam layan karenah budak berdua ni.
Sepanjang setengah jam, Alisha akan jadi pencerita kepada saya (padahal ibu dia pun tengok). Timmy ini lah..Timmy itu lah... Dan masa ini lah macam-macam cerita yang akan saya dengar dari dia. Hohoho...macam mak nenek je bila dia bercerita.

Bukan senang tau nak cover balik 11 jam, waktu yang saya tinggalkan diorang di taska. Hanya ada 4 jam je sebelum diorang tidur. Macam-macam nak kena buat. Semua buat sama-sama tau =) - mandi, makan, solat,    video call dengan abah dan lain-lain lagi. Sob...sob...sob....

Dan sudah seminggu juga Alisha mula belajar Iqra'. Alhamdulillah =) Dia dah mula mengenal. Dan juga setiap sebutannya jelas. Tak banyak pun yang saya ajar setiap malam, cukup satu muka yang baru dan satu muka ulangan yang malam sebelumnya.

Jangan ketawa ye bila saya cakap, Alisha juga dah solat. Hanya satu rakaat je. Angkat takbir, rukuk, sujud, duduk Tahiyyat dan salam. Kadang2 dia ikut saya dan kadang2 dia bersolat sendiri. Alhamdulillah =)

Cuma yang menjadi masalah pada saya, macam mana nak train Alisha supaya kemas kan permainan lepas dah main. Sepah satu bilik bila diorang main sama-sama. Ada idea tak? =)

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah..pandai alisha...da ngaji n solat ye..
    Aleesya pun sama..bolehlah kenal...tapi belum tahap terer la..baca doa makan laju ler..keke.

    Kalu dekat2 leh geng kan aleesya n alisha.lagi cepat pandai dedua nanti..hehe..

    ReplyDelete