Enter your keyword

Tuesday, December 18, 2012

Party Pack Birthday; Birthday Alisha (+ Alfeey)

By On December 18, 2012
Sambutan hari jadi Alisha yang ke-3 tahun ni saya buat di taska saja. Sebenarnya ini kali pertama sambut hari jadi dia di taska. Dua tahun sebelum ni, bulan disember saja kami berada di kampung (ibu kena pergi USM).

Ini bermakna buat kali pertama juga saya prepare party pack untuk birthday. Selalunya, dia yang terima tapi kali ni merasa juga dia bagi pada kawan2.

Tak dapat nak sediakan beria-ia. Kebetulan saya berkursus dalam minggu yang sama. Kek pun saya hanya kek biasa yang di jual di Secret Recipe tu saja. Niat di hati nak tempat 3D kek tapi di Secret Recipe perlukan 5 hari bekerja. Makanya, moist chocolate kek yang jadi pilihan. Atas permintaan birthday girl yang nak kek Ben 10 (lucukan anak saya ni). Tada....... (kena share dengan Alfeey la.....his birthday - 2 nov)


Untuk party pack pula, saya tak suka sangat nak letak junk-food ni. Dan bukan semua ibu bapa yang suka anak2 diorang menikmatinya. Saya sendiri tetapkan limit banyak mana yang diorang boleh makan junk-food. Tapi dah namanya  pun party pack....paling kurang sedikit pun kena ada. 


Ini yang saya letakkan dalam party pack:
Vitagen
Mamee
Puding
M&M
Sunmaid Raisins
Gula2 (5pcs)
Belon (2pcs)
bola kecil

(ingat nak bagi pensil warna dan buku warna. Tapi tak sempat nak cari. Gara-gara buat perancangan last minit - sangat tidak bagus okeh). Brown paper bag yang saya guna tu beli dekat kedai yang jual barang2 bakery. Rm3.00 untuk 100pcs. Sticker tu pulak saya print dari template yang saya cari dari internet. Lupa lah pulak blog addressnya. Nanti bila2 saya teringat saya update kan di sini ye. Klip tu pulak saya beli dengan harga Rm1.50 untuk 12 pcs. 


Okey....semua dah siap packing. Perasan tak dinasour kecik atas kotak kek tu. Yang tu pun dari Secret Recipe juga. Dah ada Ben 10 kenalah ada monsternya (Ekkk...ibu pulak yang lebih ni). Selain tu saya bekalkan keropok dan nugget yang saya goreng (gara-gara ibu bekerja yang tak sempat nak buat apa2 seorang diri. Hahahaha...)

Ingatkan nak bagi kamera, biar kakak2 dengat taska tolong ambilkan gambar. Punya lah cari tapi tak jumpa juga. Malam tu bila saya buka laci dalam bilik, elok je kamera tu terletak dalam tu. Hampehh betul. Padahal saya dah buka laci yang sama masa proses mencari sebelum tu.

Anyway, Alisha sangat happy bila tengok kek dia. Masa saya ambil petang tu, becok je mulut dia bercerita. Kawan-kawan pun sama. Kek Ben 10...kek Ben 10...



Anak-anak saya bila sampai di rumah petang tu.


 Berehat sambil minum susu.

Mungkin...cik suami balik nanti  boleh sambut sekali lagi birthday anak-anak sekali dengan hari jadi ibu (14 dis) dan ulangtahun perkahwinan yang ke-4 (juga 14 dis).

Tuesday, December 04, 2012

Gara-gara terlebih lasak.

By On December 04, 2012
Dah puas saya tegur. 
Nak juga main lompat-lompat.
Kononnya nya main dengan adik.
Padah kena pada sendiri.
Puteri ibu ni....


Dalam juga lukanya (nasib baik mata takde apa2)
Nasib baik ibu ni tak cepat panik.
Tekap luka dengan kain.
Lepas darah berhenti..terus je bawa pergi klinik.
Doktor hanya gam saja dan berpesan kalau Alisha muntah2 atau kena sawan dan pengsan, terus bawa ke hospital.


Dah siap.
Dia kembali melasak.
Alisha oh Alisha......

Alhamdulillah, saya monitor juga sampai semalam. Alisha tak de apa2.

Popular

Blog Archive