Selamat Bertunang.

Assalamualaikum...

Saya balik kampung lagi hujung minggu lepas. Jumaat malam lepas kerja saya bertolak ke Gerik. Tujuan balik kali ni, sebab nak mengikut rombongan mak dan abah saya ke Ipoh untuk merisik merangkap bertunang adik lelaki saya yang kedua (cik Polis - gelaran kami pada dia). Jodohnya adalah orang Kelantan.

Baru saya tahu adat orang Kelantan ni lain sikit rupanya. Daripada perbincangan orang-orang tua, jumlah wang hantaran yang ditetapkan adalah jumlah mas kahwin yang bakal diterima oleh pengantin perempuan dan akan diserahkan pada hari pernikahan. Berbanding dengan saya dulu, wang hantaran berasingan dengan mas kahwin.

Tak tahu la pulak orang lain (kelantanese) macam mana.. tapi selepas mak pihak lelaki sarungkan cincin pertunangan pada si gadis, bapa pihak perempuan pula akan sarungkan cincin pada si lelaki. Macam dah nikah pulak masa tu. Hehehehe....

Walau apa pun, adat dan negeri.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah, majlis pernikahan dan resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada Mac nanti dan resepsi sebelah lelaki juga akan diadakan pada minggu yang sama selepas tiga hari.

Buat adik saya Muhammad Amin dan tunangnya Nisreen...Selamat Bertunang. Jaga diri ye....


Kata abah saya, naik bas lah kita ke Kota Bharu nanti (excited sangat sampai nak sewa bas ke sana  nanti).
Ye lah....senang untuk saudara mara ikut sekali. Ingat masa pergi ke Ipoh hari tu, siap ada yang tertinggal kat belakang.

*****

Post a comment

3 Comments

  1. owh, bakal adik ipar kelantan la ye...
    tahniah... moga jodoh mrk panjang, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Fiza.... bakal adik ipar orang kelantan.
      InsyaAllah..moga panjang jodoh mereka hendaknya.

      Delete
  2. Moga panjang joodoh hingga ke jinjang pelamin.tahniah...

    ReplyDelete