Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Nak cerita pasal BB1M :)

Macam saya, sebagai pelajar PJJ, buku rujukan ada dibekal disamping e-book yang terdapat dalam portal. Tapi untuk mendapatkan buku rujukan lain kenalah beli sendiri. 

Bagi yang dah bekerja memang duit memang tidak menjadi masalah. Tapi bagi pelajar sepenuh masa, banyak duit nak pakai ooo.... Standard 'U' punya buku mana ada yang murah-murah sekarang ni. Alat tulis lagi. Sedikit sebanyak pemberian BB1M dapat membantu.

BB1M tahun ni dah naik ke RM250 rupanya. Untung kan....(saya lah salah seorangnya)

Terima Kasih daun keladi (mmmm...takde isu politik ye)


Setiap keping baucer kena tulis nama dan IC dulu, barulah dapat cop rasmi universiti tu. Tak de cop tak leh guna pulak. Nanti masa nak gunakannya  diorang akan periksa IC juga. Maknanya, baucer ni tak leh nak dipindah milik. Dan ada tarikh luput juga. Kena cepat2 guna sebelum 31.05.2013 tau.


RM100 baucer dah guna untuk di Koperasi USM Bhd untuk beli buku-buku kat atas tu. Buku Outline Vector Analysis yang nipis tu saja dah bernilai RM62. Kira murah lagi lah tu kan. Hehehe.....
Lagi RM150 nak berbelanja di POPULAR lah. Boleh cari buku2 untuk Alisha dan Alfeey.  Buku ibu dah cukup buat masa ini :)

Memandangkan,tinggal 3 hari je lagi kursus intensif ni, booth jualan dah mula turunkan harga.
Dan makin ramai yang ber 'shopping'. Macam kat pasar pulak.


Semua ni (26 pcs) untuk harga RM20. Banyak tak? Ni kongsi ngan Alisha. Anak dara tu suka sangat pakai inner saya jadikan tudung dia. 



Our daughters are the most precious of our treasures, 

the dearest possessions of our homes
 and the objects of our most watchful love. 


~Margaret E. Sangster

Post a Comment

0 Comments