BROTHER INNOV-IS 30

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak pada entry INI? Saya ada cerita ada tentang ada benda lain yang da lama saya teringin sangat-sangat nak beli. Alhamdulillah, saya sudah dapat memilikinya. Tengok gambar kat bawah ni mesti korang dah tahu apa dia kan :) Terima kasih pada cik suami kerana men-sponsor. Yang ni pun dah cukup bagi saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia jahitan.


BROTHER INNOV-IS 30

Bila dah dapat barangnya ni, terperap lah juga dia kat dalam bilik tu. Idea banyak sangat. Tapi tak de peluang nak mulakan. Jadi sebagai ibu mithali (kononnya lah), nak saya buat sesuatu untuk Alisha.

Projek 1: Alter baju lama Alisha

Memandangkan, banyak gaun-gaun dia dah ketat pada bahagian badan. Saya ingat nak lah potong jadikan skirt je. Untuk percubaan pertama ni, saya guna gaun yang saya beli online. Dia tak suka sangat pakai sebab kainnya agak tebal. 


Potong bahagian badan dan ambil bahagian bawah sahaja. Senangkan?


 Apa yang saya perlukan adalah getah untuk diletakkan pada bahagian pinggang.


 Okey....dah pun siap.



Posing sikit.

:)






Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh..bestnye...
    Saya punya model pun yang ini tak silap.tak lamaaaaaaaaaa sgt da tak menjahit.

    Dulu jahit masa nur iman meninggal,3 bulan pastu ngandung aaron,terus takde mood jahit...sampai aaron lahir da setahun pun..hahahahaha..tak sentuh lagi..uhukkkk....

    Ingat nak jait langsir umah baru nanti.insyaallah..
    Haha.pandai pun tidak,verangan je saya ni.......

    Chumel alisha....

    ReplyDelete