Wednesday, February 06, 2013

Doa penerang hati.

Habis merah rumah saya ni. Salahkan jari jemari saya ni yang gatal tekan siti situ sana sini. Hahahaha (cute sangat Siti Nurhaiza berhijab kan). Sudahnya template lama hilang. Saya pun dah lupa download kat mana dulu. Korang rasa...merah ni cun tak? Kalau tak cun pun, biarlah dulu. Malas lah nak godek-godek lagi. Kang macam-macam pula yang jadi :)

OK...apa cerita hari ni? Esok last day kat USM ni. Dua keputusan PB dah dapat. Alhamdulillah. Walaupun agak last minit study, keputusannya agak cemerlang juga. Kalaulah saya study betul-betul mesti meletop lagi kan. InsyaAllah, I will do the best for final nanti. So, last paper esok. Wish me luck ok.

Sebelum itu, jom sama-sama kita amalkan doa ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk menyerap segala ilmu yang kita pelajari. Alisha pun dah hafal doa ini tau. Jadi sebelum dia tengok buku, dia akan baca doa ini dulu. Secara tidak langsung ibu dia ni pun turut amalkan juga lah. Doa yang mudah. Doa yang kita sering amalkan ketika zaman persekolahan dulu. Doa Penerang Hati.

So, adik-adik, kakak, abang, makcik, pakcik, atuk, opah....jadikanlah doa ni amalan.

“Life is a learning experience, only if you learn.” 
~Yogi Berra



1 comment:

  1. hehe.samalah kita
    bila stat godeh2,mcm2 jadi kt rumah.sudahnya sy x penah tukar header bckground da.kejap ada kejap xde

    baru ingat nk g tempah kt sesapa.boring da stahun lebih header sama je.huh

    congrats fila
    mudahan trus cemerlang. ;) k. n gud luck

    ReplyDelete

Ad Banner