Jalan-jalan di Queensbay Mall

kredit gambar: http://www.queensbaymallmalaysia.com
Gambar atas ni je...yang lain saya punya tau. Hahahahahahaha

Nak citer sikit :)

Dah masuk minggu terakhir ni baru lah tergedik-gedik nak jalan-jalan. Sian kawan saya @ kawan pejabat yang jadi mangsa tukang teman. Asalnya nak pergi tesco makan sizzling (rindu) lepas habis kelas (8-9 pagi) tapi di sebabkan jam baru pukul 10 pagi, manalah tukang masak tu ready bagai. Beli barang sikit lepas tu sarapan kat Restoran Nasi Kandar Subaidah (kedai mamak). Advanced betul kedai ni, amik dan hantar order pakai handphone :)

Tetiba je datang idea nak pergi Queensbay Mall. Alasannya nak survey telefon. Survey punya survey.....takat cuci mata je lah. Memandangkan untuk ber-telefon baru ni jatuh dalam kategori kehendak saya yang melampau-lampau dek kerana tergoda dengan SG Note 2 berbanding dengan keperluan. Hehehehe....sebenarnya saya jumpa benda lain yang dah lama saya teringin nak beli. Kena mintak approval dari cik suami dulu lah. Untuk pengetahuan korang....Approval dah dapat waktu entry ni ditulis tau :)

Macam saya cakap kat atas. Jalan-jalan cuci mata je. 

Seoul Garden 

Saya tak masuk pun :) Tapi saya ambil gambar depan outlet ni sahaja.






 Dinding-dinding tu di lukis dan di letakkan prop. Semua nampak macam betul je. Masa saya ambil gambar-gambar ni orang tak ramai lagi.


 Nak masuk boleh? hehehehe...macam real je pintu tu terbuka.


Mega Kiddies World



Ni kalau dapat bawa Alisha dengan Alfeey mesti best.

Daiso

Singgah Daiso kejap. Memang tempat favorite saya. Kat IOI Mall Puchong pun ada Daiso. Rugi tau korang yang tak pernah pergi (ye lah sangat..hahahaha) Best...Best...Best....

Last sekali,


Rasanya itu pemandangan Pulau Jerjak. Snap gambar ni terus masuk balik dalam mall. Panas sangat.

Banyak lagi yang ada dalam mall ni. Saya ni bukan kaki tangkap gambar. Saja je semua ni buat kenangan.
Pukul 1 ptg dah gerak balik ke USM. Pukul 2 nanti ada kelas.

Bye..Bye


Note: Anak saya Alisha mogok dengan saya rasanya. Bila telefon tak nak cakap. Buat video call tak mau pandang saya. Huhuhuhu....merajuk lama kena tinggal kot. Refer entry INI ye.




Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh.best jejalan..hehe..

    Laju nye fila update blog..saya yang ketinggalan ketapi..hehe.saya da selak da belakang belakang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ash...

      ada masa boleh lah update laju-laju Ash. Kalau dah balik kerja dan dapat geng ngan Alisha dan Alfeey balik nanti....slow balik lah nanti. Hehehehe

      Delete
  2. Mmg x prnh pg daiso no. Ada apa ek.

    ReplyDelete