Alisha dah sekolah.

Assalamualaikum...

Lama juga saya tak update blog ni. Sibuk sikit :)

Lepas anak-anak bercuti di kampung, balik saja rumah sendiri, rutin ke taska bermula semula. Alisha hari-hari cakap nak pergi sekolah. Siap explain pada saya uniform baju sekolah yang macammana dia nak pakai. Ibu dia ni pun meng-gagahkan diri bertanya di taska sebab musabab mengapa princess yang sorang ni jadi macam ni. Rupa-rupanya, semua kawan-kawan dia yang sebaya (kalau ikut tahun 2009 dah 4 tahun) dah ke tadika. Jumpa semula selepasa tengah hari.

Saya memang dah sedia maklum ada tadika di UM sebelum ini. Tapi bukan di bawah pengurusan UM. Dan lokasinya di luar kawasan UM. Bila semak semula, rupa-rupanya UM sudah ambil alih pengurusannya dan lokasinya di pindah ke dalam UM sejak awal tahun. Mungkin dah jadi rezeki Alisha. Kebetulan masih ada satu kekosongan untuk program kindi 4 years. Terus sahaja daftar dan sejak 1 Mac lepas, secara rasminya Alisha dah bersekolah tadika di TADIKUM di usia 3 tahun 2 bulan (Actually, dia pergi seminggu sebelum tu. Terlalu awal? Mungkin juga terlalu awal tetapi bila anak dah ready dan Alhamdulillah....my daughter loves to go to school.


Her daily time table (8 am-12.30 noon)


Enrichment Classes (2-4pm). Ibu ambil the whole courses, memandangkan saya bekerja 8-5. Tak payah lah ibu nak cari-cari lagi kat luar. Hehehehe...

Break 12.30 sampai pukul 2 tu, diorang lunch dan mandi. Dan saya akan ambil pukul 4.30 ptg. Jadi sekarang ni, saya pergi dan balik kerja berteman lah :)


Art Class punya hasil semalam. (Serabai je nampak bila petang  :) Rambut basah dengan peluh)


Makan waffle di Giant je.

Sebelum ini, saya ada terfikir juga, apalah yang tadika ni ajar pada budak-budak 4 tahun ni. Tengok balik dia punya time table.... ok lah. Sekurang-kurangnya, dapat mengembangkan lagi sosial dan pergaulannya.  Hehehehe...


The hardest job kids face today is learning good manners without seeing any.
- Fred Astaire

Note: Mood tak best coz cik suami nak belayar malam ni dengan bot risik. Pelayaran ke arah Sabah. Huhuhu....

Post a Comment

1 Comments

  1. bestnye alisha da ke tadika..
    aleesya next year baru nak masukkan.tapi tak survey lagi kat mana...hehe...

    =)

    ReplyDelete