Hobi @ Koleksi Novel saya

Assalamualaikum
Salam pagi Isnin :)

Alhamdulillah, exam final 2012/13 saya dah selesai (senyum lebar.....) minggu lepas. Ringan rasa kepala. Doakan saya beroleh kejayaan ye kengkawan. Okeh...tak mau citer pasal ni sebenarnya. Dah selesai pun kan...tunggu keputusan keluar saja lah.

Dulu-dulu, masa zaman persekolahan, saya bukanlah hantu novel. Mula baca novel ni masa saya ambil diploma dulu. Ada lah beli sikit-sikit. Dah baca hantar kampung. Dapatlah adik perempuan saya baca. Antara novel yang saya suka adalah karya Aisya Sofea - Jauh, Jendela hati, Kau untukku, Adam dan Hawa, Sehangat Asmara. Saya juga ada baca Ombak rindu. Karya Danielle Steel, Nora Roberts. Trilogy Lord of the Rings. Harry Potter set (yg ni siap Hard Cover lagi). Termasuk buku-buku ilmiah dan motivasi.

Bila masuk alam bekerja ni, mood nak membaca novel pun dah makin kurang. Nak dapat satu novel setahun  pun belum tentu.

Sekarang ni, bila banyak movie/drama diapdatasi dari novel, mood nak membaca novel kembali semula. Nak pulak, penulis2 muda sekarang ni banyak menyelitkan isu keagamaan sikit dalam penceritaan novel mereka. Bak kata orang, dalam membaca tu...boleh lah sedikit sebanyak kita mengambil perkara-perkara positif.


Nak memenuhkan balik rak buku-buku saya lah lepas ni. 

Novel2 yang saya beli semuanya akan berbalut dengan plastik sebelum dibaca. Sayanglah kalau dibiarkan macam tu saja. Sudahlah beli dengan mahal. Manalah tahu suatu hari nanti anak2 nak baca pulak. Buat masa sekarang ni, Alisha suka bila saya bacakan Diary of a Wimpy Kid pada dia. Mungkin sebab ada gambar2 kartun dalam tu kot. Sampai tak larat nak melayan bila dia bertanya itu ini. 


Aksi dua beradik bila dapat buku di tangan.





Post a Comment

2 Comments

  1. wah..banyaknya koleksi novel

    ReplyDelete
  2. rajin fila..

    saya suka tgk drama dari baca novel..
    semangat beli novel sehangat asmara,sambil tgk drama...sudahnya,drama dah ku khatam..novel tak khatam khatam2..haha..

    ReplyDelete