Follow Me @noorshafila

Monday, July 15, 2013

Doa Agar Anak Pandai dan Rajin Belajar

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa.

Setakat ni Alhamdulillah...syukur sangat kerana Ramadhan 1434H ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Sebabnya....anak-anak pun dah besar dan sudah faham apa yang saya cakap. Maka dapat lah saya solat dengan tak tergesa-gesa dan mengaji Al-Quran lepas maghrib sementara menunggu masuk waktu Isya'.

Sementara saya solat, dua-dua akan ambil buku dan duduk di sebelah saya ataupun melepak di atas katil.

Alisha sekarang ni suka sangat bertanya. Macam-macam, sampai tak terlayan saya. Jadi kita sebagai ibu bapa ni kenalah prepare jawapan walaupun kadang-kadang perkara yang dia tanya tu langsung tak masuk akal. Bila tengok buku berdua dengan Alfeey pula, gayanya dah macam seorang cikgu. Dia sebut Alfeey ikut. Kalau betul, dia puji adik macam-macam. Kadang-kadang saya tergelak sendiri. Itu belum masuk part dia marahkan adik tak mahu dengar cakap dia. Alisha...Alisha...Alisha....

Sedikit perkongsian sebagai amalan: Surah Al Anbiyaa' ayat 79. Semoga anak-anak kita tergolong dalam umat yang bijak pandai.



Amin


Rindu Abah...peluk gambar.





2 comments:

  1. amin..

    mudahan dgn amalan ni,anak2 kita bijak terutama dalam kefahaman agama dan pilih jalan hidup yang benar..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Kebaikan Makanan Sunnah Ketika Mengandung dan Bersalin

    ~ assalamualaikum... sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal...

    Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan BersalinAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. bukan hanya kurma,banyak lagi makanan sunnah kegemaran nabi yg kita boleh amalkan.. Sharing is caring

    ReplyDelete