Durian Time @ Hantu Durian

Assalamualaikum :)

Tengok tajuk ada yang terliur tak?

Durian dari kampung tau. Pokok kat sekitar rumah je. Kebetulan adik saya balik kampung minggu lepas. Dia bawa balik lah untuk saya tapi tak de lah banyak sebab buah baru nak luruh. Abah kirimkan sebiji dari pokok yang hasilkan buah besar2. Walaupun sebiji sangat berbaloi.



Isi dia pun besar-besar. Lepas kopek terus saya keluarkanmasuk dalam tupperware. Dapat dalam 15 ulas :)




Cantik sangat kaler nya. Dah makai kamera hp aje so kualiti gambarnya so so je lah. Buah baru isi pun sedap sangat.


Hantu durian. 

Alisha memang minat sangat dengan. Habis tiga ulas dia makan. Saya makan seulas je, kepala dah mula toing-toing. Dulu-dulu sebiji pun boleh habis rasanya. Alfeey pula baru colek dalam mulut dia dah uwek luah kan balik. Hehehe...

Post a Comment

2 Comments

  1. Nanges nanges tgk alisha mkn durian
    Auntie nk gak!!! Ni nk g cr ni.huwaa!

    ReplyDelete