Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya mendengar berita mengenai keputusan mahkamah berkaitan kes dera tiga beradik yang berlaku di Kuala Terengganu. Allahuakbar. Kalau nak dibandingkan dengan hukuman yang diterima dengan kecederaan dan trauma yang dialami anak-anak rasanya tidak adil pada anak-anak (pada pendapat saya lah). Pasti seumur hidup mereka akan terkesan dengan apa yang telah mereka alami. Tambahan pula pelakunya melibatkan ibu kandung sendiri. Semoga kita dijauhi daripada melakukan perkara yang tidak bermoral ini.
Sudah pasti kita tidak mahu perkara ini akan berulang kembali bila anak2 tersebut sudah menjalani kehidupan mereka sendiri nanti. Bayangkan bila mangsa mengulangi perkara yang sama pada anak-anak mereka pula. Nauzubillah.
Sayangilah anak kita dan jauhi lah dadah.
Spread love everywhere you go
First of all in your home
Give love:
to your children
to a wife or husband
to a next-door neighbor
- Mother Teresa
gambar: credit to mr google
2 Comments
Sedihkan
ReplyDeleteMakin mjadi2 lak kes dera
kes gni...biasa sbb mak ayah n rumahtangga bmasalah.
ank jd mangsa
Itu lah Ash
ReplyDeleteSedih sangat-sangat
Iman dalam diri tak kuat
Mangsanya anak-anakMinta dijauhkan...