Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum.

Salam 17 Ramadhan 1434H.

Alhamdulillah, sudah pun 17 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Hari ini juga merupakan hari di mana kita mengingati peristiwa Nuzul (turunnya) ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai manusia kita hendaklah menghayati tujuan A- Quran diturunkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah: ayat 185).

Betapa hebatnya Al-Quran. Ia sebagai petunjuk bagi pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah jika kita benar-benar meneliti dan menghayati setiap maksud di sebalik ayat-ayat suci tersebut.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. ( Surah Al-Israa: ayat 9-10)


Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)



Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)



Akhir kata, Salam Nuzul Quran buat semua. Semoga kita dapat melipat gandakan amalan kita di bulan Ramadhan ini. Sudah hampir kita ke sepuluh malam terakhir, begitu cepat masa berlalu. Semoga Al-Quran sentiasa dijadikan panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Amin.


Post a Comment

1 Comments

  1. salam nuzul quran fila

    mudahan kita membaca dan memahami isi quran sebgai petunjuk jalan kebenaran kita.amin

    ReplyDelete