Dah 5 Syawal baru nak wish Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum :)

Sudah  lima hari kita menyambut Syawal. Saya percaya mesti ramai yang masih merindui Ramadhan. InsyaAllah, semoga diberi peluang untuk berjumpa lagi Ramdhan di tahun hadapan. Dan sudah semestinya, tentu ramai lagi yang masih bercuti hari ini. Tapi saya dah kembali bekerja, almaklumlah cuti awal sebelum raya.

Masuk pejabat hari ini, sunyi je. Ramai yang masih bercuti lagi. Saya pun ada rasa mengantuk lagi. Sampai Puchong pukul 5 pagi tadi. Belum sempat tidur lagi. Hampir 10 jam juga perjalanan dari Gerik - Puchong. Jalan jem teruk. Huaa..letihnya memandu :)

Sambutan raya saya biasa-biasa saja. Lebih kepada anak-anak sebenarnya. Warna tema raya untuk tahun ini hijau. Walaupun tak sama tone nya, janji hijau. InsyaAllah, akan bergambar sekeluarga bila cik suami balik minggu depan.

Alfeey yang tak mahu bersongkok.

Buat teman-teman alam maya ini, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya
dan
Maaf Zahir Batin



Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat hari raya.. i follow ur blog.. salam perkenalan...

    ReplyDelete
  2. Chumelllnye berbaju hijau alisha dan alfeey...

    =) gambo mamanya mane? sedondon do hari raya bersama suami dan anak2? =p

    ReplyDelete