Main taman jer.

Bismillah :)

Minggu ni rasa sekejap je berlalu  kan.... Hari ni dah pun hari khamis. Tak sabar nak tunggu hujung minggu. Hehehe...tak de lah apa yang menarik pun. Saja tak sabar nak habiskan masa dengan dua orang budak kecil kat rumah tu.

Sebenarnya 2 November lepas, birthday Alfeey yang kedua. Sekejap je budak manja ni membesar.


 "Selamat ulang tahun kelahiran yang kedua anak ibu."

Tak de sambutan meriah pun. Sebab tak sempat nak buat semua tu memandangkan ibu dan anak-anak semuanya selsema. Dah hampir seminggu sebenarnya. Mungkin sebab cuaca kot. Ye lah... asyik hujan je kebelakangan ni. Jadi, kita celebrate bila abah balik disember nanti ye. InsyaAllah, nak celebrate banyak bulan 12 ni (birthday Alfeey, birthday Alisha, birthday ibu dan juga wedding anniversary ke 5). 

Disebabkan petang ayik hujan je, pagi ahad tu saya bawa diorang ke taman sekejap. Bahagia je diorang sebab tak de orang lain main sama. Tak payah nak tunggu turn. Lari sana...lari sini....


Her happy face


Peace ibu.... 


Entah apa lah yang dia tengok tu. 


Buai laju-laju
Mari anak-anakku
Maju terus maju 
Capai cita yang satu




Tolong la abaikan plastik sampah kat belakang tu. (Sedih betul pandangan macam ni. Padahal, tong samapah bersepah kat taman tu)

 Cubaan - wall climbing

Lama juga saya tak bawa anak-anak pergi taman sebenarnya. Jadi bila dah dapat peluang pergi ni, memang bagi diorang main sampai penat :)

Okeylah, sampai sini dulu cerita kali ini.

 Bye.




Post a Comment

0 Comments