Shaklee lah pulak

Bismillah dan Assalamualaikum.

Salam jumaat yang penuh keberkatan. Agak lama saya tak update blog ni. Sibuk dengan kerja sikit di pejabat dan juga Shaklee. Hehehe...baru berjinak-jinak menjual :) So, Kalau ada yang nak beli, meh la beli dari saya. InsyaAllah, saya jual dengan harga kawan-kawan.

So, entri hari ni nak cakap pasal Shaklee lah ye. Jangan bosan baca tau.

Saya mula kenal dengan Shaklee lepas lahirkan Alisha. Lepas masuk balik kerja, pengeluaran susu agak menurun sikit. Masa ni risau sangat. Saya salahkan pump Spectra saya. Hehehehe..ada ke patut. Terus beli medela swing. Dan pada masa yang sama saya ambil Set Ibu Menyusu. Alhamdulillah...susu semakin bertambah dah kualiti susu bertambah baik (susu lebih pekat). Dan syukur sangat Alisha dapat susu ibu selama setahun lebih (Saya stop kerana hamilkan Alfeey).

Alhamdulillah, lepas lahirkan Alfeey, saya terus ambil set Ibu Menyusu @ Set Berpantang. Stok susu memang gila banyak (Saya beli Medela Free Style). Breast asyik engorge je. Tiga bulan saya berpantang di kampung sampai penuh fridge. Sudahnya terpaksa menumpang dalam freezer di masjid (Abah saya Tok Siak di kampung). Jadi kerja pulak nak bawak balik ke Puchong. Beli container ais, load dengan ais. Ada yang kena tinggal pun ada. Sebab nak habiskan stok siang malam Alfeey minum EBM. Sudahnya dia tak mau direct feed langsung.

Biasalah, bila dah kerja, sibuk, pastu stress. Masa pump pun tak teratur. Dengan Alfeey yang tak mau direct feed lagi. Hahahaha..ibu pun jadi malas. Sudahnya...stop gitu je...rugi tau Alfeey ni (Ibu dia rasa bersalah sampai sekarang tau).

So..sekarang ni saya amalkan Alfalfa dan Lecithin. Dalam proses menurunkan berat badan. InsyaAllah, manalah tau kot-kot Alfeey nak dapat adik (Ada kena-mengena tak kuruskan badan dengan Alfeey dapat adik). Abah dia bila cakap hal ni..OK je :)

Untuk Alisha dan Alfeey, saya amalkan Meal Shake dan Chewable Vita C.

Bila dah amalkan Shaklee ni, ada lah terasa perbezaan dengan ketika saya ambil vitamin yang saya beli di farmasi dulu :) Adalah 3 brand yang selalu saya beli. Kita hanya merancang dan berusaha. Allah yang menentukannya. Dan nak makan atau tak nak makan vitamin ni terserah kepada individu. Perubahan tu memang kita tak boleh perolehi on the spot (sesetengah orang semua nak cepat), yang penting kita berusaha dan percaya.



Ini lah perkenalan saya dengan Shaklee dan saya menjadi member Shaklee sejak Oktober yang lalu :)
Kalau nak boleh order je ye...

Post a Comment

0 Comments