Enter your keyword

Tuesday, May 28, 2013

Video Clip comel @ Lagu DWIHATI AIZAT feat. YUNA

By On May 28, 2013

Love the song
Love the video
Sweet sangat :)



Friday, May 17, 2013

Salam Jumaat; Doa Perlindungan untuk anak-anak

By On May 17, 2013
Assalamualaikum

Salam Jumaat yang penuh berkat.

Ikut ibu ke pejabat dulu sebelum ke tadika.


Sedikit perkongsian  sempena hari jumaat ini...


Jom....sama-sama kita amalkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah.

Saya takut betul bila memikirkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku kepada anak-anak kecil sekarang  ni. Sebab tu, saya jarang bawa anak-anak ke tempat-tempat yang crowded tanpa cik suami.

Jadi, Alisha dan Alfeey nak jalan-jalan kena lah tunggu abah balik ye :(


Monday, May 13, 2013

Alisha's Sports Day

By On May 13, 2013
Assalamualaikum

Cerita dah lama terperam sebenarnya ni.

Sports day TADIKUM, diadakan pada 23 Mac 2013 di stadium Universiti Malaya. Kiranya, diorang ni lah yang merasmikan stadium baru ni. Pertama kali anak bersukan, ibu yang terlebih excited. Hehehehehe..... Kasihan pada cik suami sebab tak dapat nak join hari sukan Alisha sebab tak dapat flight. Malam nya baru cik suami sampai.

Sebelum acara pagi bermula dan sementara menunggu semua ibubapa dan pelajar lain sampai. Budak2 yang dah ada ni main sesama sendiri dulu lah. K...layan gambar je lah ye.

 Nampak tak anak dara saya tu.

 Ibu.....kakak nak main.

 Teachers yang sibuk sebelum acara bermula

Butterfly
Ladybird

Grasshopper

Bee

 Acara perbarisan oleh semua kumpulan

 Nyanyi lagu "Negaraku" dan "1 Malaysia"

 "Pom-pom Dance" dari Kindi 5 dan 6





 Antara acara yang Alisha sertai. Setiap acara dibahagikan mengikut umur. 



Aktiviti sementara tunggu giliran sukan.....

Untuk ibubapa pun ada. 

Akhir sekali, penyampaian hadiah




Alisha, Naina dan Summer - kindi jr (4thn)

Keseluruhannya, kumpulan Alisha dapat no. 2 :)

Sementara kakak sibuk dengan sukan... Alffey pulak...




Dalam pukul 1 semua acara pun selesai. Ibu yang terlebih penat. fuh...fuh...fuh...
Flight cik suami tiba tengah malam.
Esoknya hantar cik suami ke KL sentral (dia kena pergi kursus di kuantan). Alisha dan Alfeey ikut ibu balik Gerik (kenduri kahwin adik lelaki saya). Pertama kali kami balik kg bertiga. Sangat mencabar dan Alhamdulillah, perjalanan 5 jam ini berjalan dengan lancar.

Bye  bye bye.

Friday, May 03, 2013

Alfeey and Lemon

By On May 03, 2013
Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua

Saya ibu yang penyayang okey :)

video

SELAMAT MENGUNDI :)

Thursday, May 02, 2013

Jalan-jalan cari makan

By On May 02, 2013
Asssalamualaikum

Sempena cuti hari pekerja saya dan en suami pekena steamboat bersama-sama dengan adik2 saya. Sebenarnya dah lama teringin nak ber 'steamboat' memandangkan ia kegemaran en suami. 

Kami ke Thai Steamboat & BBQ di Ampang.


Nampak tak ayat "Eat all you can!" untuk RM30 per adult. Budak kecil macam Alisha dan Alfeey FOC.
Dah nak balik baru snap gambar kedai ni. Pelanggannya bersilih ganti.


Semua pinggan masih penuh lagi sebab baru nak mula. Steamboatnya ada dua pilihan sup dan tomyam.


Aksi Alisha menolong abah :)



Finishing


Peace....saya dan kenyang. Siap menyanyi lagu Negaraku dan 1 Malaysia lagi. Sangat patriotik anak saya ni.



Alfeey dah tidur. Anak bujang saya ni minat ketam rupanya.

Puas makan. Harganya sangat berbaloilah pada saya. InsyaAllah akan pergi lagi kot. 
Baru terperasan tak de gambar makcik Nis. Hehehehe......saya? lain kali lah ye.







Popular

Blog Archive