In

Gotong-royong Projek Tanaman Tadika

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, saya menerima jemputan untuk program gotong royong di tadika Alisha. Program membersihkan kawasan tapak untuk tanam sayuran di sekitar kawasan tadika. Projek tanaman sayur-sayuran ni merupakan salah satu projek khas tadika untuk mendedahkan kanak-kanak dengan alam tumbuhan serta mememupuk daya produktiviti.

Jadi, awal pagi dah bangunkan anak-anak. Alfeey kena ke Taska lah. Kalau bawa hero tu, alamat ibu tak boleh nak bergotong royong nanti.


Pukul 8 pagi dah sampai. Parents pun tak ramai lagi yang sampai. The teachers pun sibuk sediakan sarapan.

Bila dah jumpa kawan main dulu lah...

Kawasan projek .Parents dibahagikan kepada 3 group untuk 3 kawasan. Saya group A. Ambil masa juga sebab keadaan tanah yang agak keras. Ye lah, dah lama tak hujan.





Group A :)

Group B

Group C

Alisha pun tolong juga :)



Selesai akhirnya. Semua dok pakat berehat. 

Seronok bila sekali-sekala dapat berkumpul berkenalan dan bersembang sama-sama. Harap-harap projek ni menjadi. Kata teachers nya, hasilnya nanti kanak-kanak ni akan jual pada parents. Hahaha......InsyaAllah.

Last sekali, satu gambar yang saya jumpa dalam foursquare :)

Nampak tak anak dara saya tu :)

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Jerebu oh Jerebu

Assalamualaikum

Teruk betul jerebu yang melanda kali ni. Sampai dalam rumah pun berjerebu. Kesian anak-anak saya. Weekend lepas terperap je dalam rumah. Mana taknya Alfeey sampai kena selsema. Meleleh je hingus. Bila diumumkan sekolah tutup hari isnin lepas, saya tak boleh nak ambil cuti sebab kena attend kursus dua. Nasib baik tadika Alisha tetap dibuka. So....kena lah pakaikan mask pada Alisha. Tapi kena paksa sebab dia asyik nak tanggalkan. Mungkin sebab tak selesa.

Muka tak puas hati.

Saya beli mask yang 3 ply tu je. RM1 setiap satu untuk dewasa dan kanak2. Kalau mask yang cembung tu RM5 setiap satu dan hanya untuk pakai sekali je. Kalau ada problem asma boleh lah pakai hat mahal sikit tu. 

Dan Alhamdulillah, petang semalam hujan turun lebat. Kurang lah sikit jerebu pagi ni. Tiba-tiba mata terasa cerah je :) 

Terperangkap dalam kereta. Ibu ni terlupa pulak nak bawa turun payung. Lama lah jugak melepak dengan Alisha dan Alfeey dalam kereta.

Meh, saya nak share sikit pasal jerebu. Maklumat ni saya copy dari ukkp UM. Sumber asal adalah dari  www.moh.gov.my


Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :

NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

  • Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.




Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Hobi @ Koleksi Novel saya

Assalamualaikum
Salam pagi Isnin :)

Alhamdulillah, exam final 2012/13 saya dah selesai (senyum lebar.....) minggu lepas. Ringan rasa kepala. Doakan saya beroleh kejayaan ye kengkawan. Okeh...tak mau citer pasal ni sebenarnya. Dah selesai pun kan...tunggu keputusan keluar saja lah.

Dulu-dulu, masa zaman persekolahan, saya bukanlah hantu novel. Mula baca novel ni masa saya ambil diploma dulu. Ada lah beli sikit-sikit. Dah baca hantar kampung. Dapatlah adik perempuan saya baca. Antara novel yang saya suka adalah karya Aisya Sofea - Jauh, Jendela hati, Kau untukku, Adam dan Hawa, Sehangat Asmara. Saya juga ada baca Ombak rindu. Karya Danielle Steel, Nora Roberts. Trilogy Lord of the Rings. Harry Potter set (yg ni siap Hard Cover lagi). Termasuk buku-buku ilmiah dan motivasi.

Bila masuk alam bekerja ni, mood nak membaca novel pun dah makin kurang. Nak dapat satu novel setahun  pun belum tentu.

Sekarang ni, bila banyak movie/drama diapdatasi dari novel, mood nak membaca novel kembali semula. Nak pulak, penulis2 muda sekarang ni banyak menyelitkan isu keagamaan sikit dalam penceritaan novel mereka. Bak kata orang, dalam membaca tu...boleh lah sedikit sebanyak kita mengambil perkara-perkara positif.


Nak memenuhkan balik rak buku-buku saya lah lepas ni. 

Novel2 yang saya beli semuanya akan berbalut dengan plastik sebelum dibaca. Sayanglah kalau dibiarkan macam tu saja. Sudahlah beli dengan mahal. Manalah tahu suatu hari nanti anak2 nak baca pulak. Buat masa sekarang ni, Alisha suka bila saya bacakan Diary of a Wimpy Kid pada dia. Mungkin sebab ada gambar2 kartun dalam tu kot. Sampai tak larat nak melayan bila dia bertanya itu ini. 

video

Aksi dua beradik bila dapat buku di tangan.





Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments