Follow Me @noorshafila

Tuesday, July 30, 2013

When The Night Equals A Thousand

July 30, 2013 0 Comments
Assalamualaikum :)

Saya nak berkongsi video sebagai peringatan untuk kita semua 

Semoga  dapat kita hayatinya.

InsyaAllah semoga dan kita beroleh keberkatan di hari-hari terakhir Ramadhan ini. 


“Whoever stands in prayer on Laylatul Qadr in faith & hoping for a reward from Allah, he will have all of his previous sins forgiven.” (Bukhari & Muslim)


Alfeey yang bangun teman ibu bersahur.



Monday, July 29, 2013

Friday, July 26, 2013

Salam Nuzul Quran

July 26, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.

Salam 17 Ramadhan 1434H.

Alhamdulillah, sudah pun 17 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Hari ini juga merupakan hari di mana kita mengingati peristiwa Nuzul (turunnya) ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai manusia kita hendaklah menghayati tujuan A- Quran diturunkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah: ayat 185).

Betapa hebatnya Al-Quran. Ia sebagai petunjuk bagi pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah jika kita benar-benar meneliti dan menghayati setiap maksud di sebalik ayat-ayat suci tersebut.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. ( Surah Al-Israa: ayat 9-10)


Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)



Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)



Akhir kata, Salam Nuzul Quran buat semua. Semoga kita dapat melipat gandakan amalan kita di bulan Ramadhan ini. Sudah hampir kita ke sepuluh malam terakhir, begitu cepat masa berlalu. Semoga Al-Quran sentiasa dijadikan panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Amin.


Wednesday, July 24, 2013

Wind Chimes in a Bakery

July 24, 2013 1 Comments

Entah macam mana boleh terjumpa mini web-series by Samsung Malaysia ni masa dok melayan You Tube. Ala-ala K-drama gitu.

Boleh tengok di Youtube Samsung Malaysia

wind chimes in a bakery schedule

Wind Chimes in a Bakery is a story about Adam (Ahmad Nabil) and Sue (Koe Yeet) - a boy with nothing but a dream and a girl with everything but love.

Intai Trailer  kat bawah ni :)

Well, episod 1 dan 2 dah out kat You tube ye..

Monday, July 15, 2013

Doa Agar Anak Pandai dan Rajin Belajar

July 15, 2013 2 Comments
Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa.

Setakat ni Alhamdulillah...syukur sangat kerana Ramadhan 1434H ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Sebabnya....anak-anak pun dah besar dan sudah faham apa yang saya cakap. Maka dapat lah saya solat dengan tak tergesa-gesa dan mengaji Al-Quran lepas maghrib sementara menunggu masuk waktu Isya'.

Sementara saya solat, dua-dua akan ambil buku dan duduk di sebelah saya ataupun melepak di atas katil.

Alisha sekarang ni suka sangat bertanya. Macam-macam, sampai tak terlayan saya. Jadi kita sebagai ibu bapa ni kenalah prepare jawapan walaupun kadang-kadang perkara yang dia tanya tu langsung tak masuk akal. Bila tengok buku berdua dengan Alfeey pula, gayanya dah macam seorang cikgu. Dia sebut Alfeey ikut. Kalau betul, dia puji adik macam-macam. Kadang-kadang saya tergelak sendiri. Itu belum masuk part dia marahkan adik tak mahu dengar cakap dia. Alisha...Alisha...Alisha....

Sedikit perkongsian sebagai amalan: Surah Al Anbiyaa' ayat 79. Semoga anak-anak kita tergolong dalam umat yang bijak pandai.



Amin


Rindu Abah...peluk gambar.





Thursday, July 11, 2013

Drypers Quality Story

July 11, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.

Salah satu iklan CPUV terbaru yang saya terima dari Nuffnang adalah Drypers Quality Story. Siapa yang dah jadi parents mesti lah kenal dengan jenama Drypers ni. Yang belum jadi parents pun mesti tahu juga sebab banyak terdapat kat pasaraya dan juga kedai-kedai. Heheheh.. Tq Nuffnang.

Alfeey dari lahir lagi memang guna Drypers. Mamat ni ngada-ngada tau. Kulit dia tak tahan dengan jenama yang lain. Ada sekali guna jenama **** habis kena ruam. Lepas tu memang saya tak pernah tukar lagi.


Sekarang ni dia pakai saiz M. Kalau saiz L besar sangat. Tak de lah nampak montotnya gelebeh :)

New Drypers Wee Wee DRY with 4 Botanical Extracts (Aloe Vera, Chamomile, Olive Extracts and Vitamin E) helps to moisturize and rejuvenate baby’s skin, keeping baby’s skin clean, healthy and comfortable.
New Flexi-Tape™ is easy –to-fasten and allow multiple refastening.
Drypers Wee Wee Dry comes with fun, stylish & fashionable backsheet design.

Selalunya saya bekalkan 6 keping ke taska. Dan selalunya juga akan ada lebih 2 atau 3 bila balik. Itu bergantung pada keadaan lah. Ikut juga berapa kali Alfeey poo poo.


Ok..kalau nak peluang untuk menang hadiah up to RM12000 dari Drypers.....jom join contest "How have you change?" Tell Drypers your story ok....

Anda sudah?
Saya belum :)

Enjoy your Ramadhan.

Doa Harian Ramadhan (Hari pertama - Hari ke-10)

July 11, 2013 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ke dua bersahur saya ditemani Alfeey. Hehehe..sibuk je dia nak ikut makan sama sekali. 

Saya nak berkongsi Doa Ramadhan Hari Pertama hingga Hari ke 10  dengan kawan-kawan semua. Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, Ramadhan kita lebih diberkati.

















Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

July 10, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia kita dapat kita menyambut Ramadhan sekali lagi. Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan yang saya sayangi.Semoga dapat kita menjalani ibadah puasa kita di Ramadhan 1434H ini dengan lebih sempurna. 

Amin.


Jom rujuk checklist ini




Thursday, July 04, 2013

Durian Time @ Hantu Durian

July 04, 2013 2 Comments
Assalamualaikum :)

Tengok tajuk ada yang terliur tak?

Durian dari kampung tau. Pokok kat sekitar rumah je. Kebetulan adik saya balik kampung minggu lepas. Dia bawa balik lah untuk saya tapi tak de lah banyak sebab buah baru nak luruh. Abah kirimkan sebiji dari pokok yang hasilkan buah besar2. Walaupun sebiji sangat berbaloi.



Isi dia pun besar-besar. Lepas kopek terus saya keluarkanmasuk dalam tupperware. Dapat dalam 15 ulas :)




Cantik sangat kaler nya. Dah makai kamera hp aje so kualiti gambarnya so so je lah. Buah baru isi pun sedap sangat.


Hantu durian. 

Alisha memang minat sangat dengan. Habis tiga ulas dia makan. Saya makan seulas je, kepala dah mula toing-toing. Dulu-dulu sebiji pun boleh habis rasanya. Alfeey pula baru colek dalam mulut dia dah uwek luah kan balik. Hehehe...

Wednesday, July 03, 2013

Kisah penderaan lagi

July 03, 2013 2 Comments
Assalamualaikum

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya mendengar berita mengenai keputusan mahkamah berkaitan kes dera tiga beradik yang berlaku di Kuala Terengganu. Allahuakbar. Kalau nak dibandingkan dengan hukuman yang diterima dengan kecederaan  dan trauma yang dialami anak-anak rasanya tidak adil pada anak-anak (pada pendapat saya lah). Pasti seumur hidup mereka akan terkesan dengan apa yang telah mereka alami. Tambahan pula pelakunya melibatkan ibu kandung sendiri. Semoga kita dijauhi daripada melakukan perkara yang tidak bermoral ini.




Sudah pasti kita tidak mahu perkara ini akan berulang kembali bila anak2 tersebut sudah menjalani kehidupan mereka sendiri nanti. Bayangkan bila mangsa mengulangi perkara yang sama pada anak-anak mereka pula. Nauzubillah.


Sayangilah anak kita dan jauhi lah dadah. 


Spread love everywhere you go
First of all in your home
Give love:
 to your children
to a wife or husband
to a next-door neighbor
- Mother Teresa

gambar: credit to mr google




Tuesday, July 02, 2013

Julai dan Ramadhan

July 02, 2013 1 Comments
Assalamualaikum...

Pheww....dah masuk bulan Julai, bermakna kita ni dah berada di penghujung Syaaban dan bakal menyambut Ramadhan. Mesti ramai yang dah menanti bulan yang penuh mulia ini. Semoga kita berpeluang untuk menggandakan amal ibadah kita sepanjanga Ramadhan nanti...InsyaAllah :)

Mungkin agak awal untuk saya letakkan ini di sini, tapi tak salahkan kalau kita saling ingat dan mengingati. Manalah tahu..kot kot ada yang terlupa. Almaklumlah setahun sekali kannnnn.......





Double AA kesayangan saya.

see ya.......

Broaden News