Follow Me @noorshafila

Wednesday, November 20, 2013

Bagaimana VIVIX bertindak.

November 20, 2013 0 Comments
Ramai yang kata:

Mahal lah VIVIX ni...
Betul ke VIVIX ni berkesan...

Mula-mula dulu saya pun berfikiran begitu. Tapi bila dah tengok kesan pada yang menggunakannya. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang kita boleh dapat.

Saya nak share sikit macam mana VIVIX ni bertindak. Huhuhuhu...tengok botol pun dah comey je...





Bagaimana VIVIX bertindak?
Badan kita berhadapan dengan 4 mekanisma penuaan selular.

1. Kemusnahan DNA
Setiap sel di dalam badan kita sentiasa diserang oleh berjuta-juta anasir pemusnah DNA yang boleh membahayakan data asas untuk sel genetik. Ia juga akan menghasilkan “typo” yang mengganggu fungsi-fungsi sel serta ketahanan.

Kandungan VIVIX membantu untuk memelihara dan membaikpulih sel DNA selular.

2. Pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan selular penuaan dengan mengawal keseimbangan dinamik di antara kadar kemusnahan dan pembaikpulih. Ini termasuk sel hidup atau mati.

Kandungan VIVIX memberikan kesan positif kepada penyusunan genetik yang melambatkan proses penuaan selular.

3. Kemerosotan pengeluaran tenaga selular
Mitokondria di dalam sel kita menghasilkan tenaga yang kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Apabila keberkesanan mitokondria berkurang maka fungsi sel juga akan menjadi lemah.

Kandungan Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria.

4. Pengumpulan Protein AGE
Pengumpulan Advanced Glycation End Products (AGE) Protein yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan sel yang boleh menjejaskan integriti serta daya tahan sel.

Kandungan Vivix adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahan pembentukan Protein AGE






Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix juga mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

✿ Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

✿ Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

✿ Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
TIADA KESAN SAMPINGAN

VIVIX is the best choice.


ILA / 0129264020




Friday, November 15, 2013

Dah dapat keputusan UPSR

November 15, 2013 0 Comments
Bismillah...

Salam Jumaat buat semua.

Hari ni hari terakhir sesi persekolahan 2013. Selamat bercuti panjang dan Kita enjoy!!

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada kembar AIDA FARHANA dan AIDA FARHANI yang berjaya memperolehi keputusan UPSR dengan cemerlang. Masing-masing mendapat 5A. Alhamdulillah.... Semoga adik dan kakak terus cemerlang dalam pelajaran dan peribadi diri.


Pada yang tak berjaya memperoleh semua A. Jangan sedih dan patah semangat. Perjalanan persekolahan adik-adik masih jauh lagi. Dengan usaha yang lebih kuat pasti adik-adik akan berjaya juga.


Well..well..well.. esok Majlis `Concert & Graduation Day` tadika Alisha. I wish the BEST for my dear daughter. Entah apa lah persembahan dia esok. Costume untuk esok pun teacher dah bagi semalam.

Alfeey pulak sekarang ni fanatik dengan dinosaur. Hari-hari nak tengok movie dinosaur. ICE AGE dan JURASSIC PARK lah yang dia asyik tengok sekarang. Siap buat gaya dinosaur lagi.



Budak 2 Tahun yang makin cheeky.

Oklah....cukup sampai sini untuk entri kali ini. See ya next time.

Bye bye

Thursday, November 07, 2013

Main taman jer.

November 07, 2013 0 Comments
Bismillah :)

Minggu ni rasa sekejap je berlalu  kan.... Hari ni dah pun hari khamis. Tak sabar nak tunggu hujung minggu. Hehehe...tak de lah apa yang menarik pun. Saja tak sabar nak habiskan masa dengan dua orang budak kecil kat rumah tu.

Sebenarnya 2 November lepas, birthday Alfeey yang kedua. Sekejap je budak manja ni membesar.


 "Selamat ulang tahun kelahiran yang kedua anak ibu."

Tak de sambutan meriah pun. Sebab tak sempat nak buat semua tu memandangkan ibu dan anak-anak semuanya selsema. Dah hampir seminggu sebenarnya. Mungkin sebab cuaca kot. Ye lah... asyik hujan je kebelakangan ni. Jadi, kita celebrate bila abah balik disember nanti ye. InsyaAllah, nak celebrate banyak bulan 12 ni (birthday Alfeey, birthday Alisha, birthday ibu dan juga wedding anniversary ke 5). 

Disebabkan petang ayik hujan je, pagi ahad tu saya bawa diorang ke taman sekejap. Bahagia je diorang sebab tak de orang lain main sama. Tak payah nak tunggu turn. Lari sana...lari sini....


Her happy face


Peace ibu.... 


Entah apa lah yang dia tengok tu. 


Buai laju-laju
Mari anak-anakku
Maju terus maju 
Capai cita yang satu




Tolong la abaikan plastik sampah kat belakang tu. (Sedih betul pandangan macam ni. Padahal, tong samapah bersepah kat taman tu)

 Cubaan - wall climbing

Lama juga saya tak bawa anak-anak pergi taman sebenarnya. Jadi bila dah dapat peluang pergi ni, memang bagi diorang main sampai penat :)

Okeylah, sampai sini dulu cerita kali ini.

 Bye.




Friday, November 01, 2013

Shaklee lah pulak

November 01, 2013 0 Comments
Bismillah dan Assalamualaikum.

Salam jumaat yang penuh keberkatan. Agak lama saya tak update blog ni. Sibuk dengan kerja sikit di pejabat dan juga Shaklee. Hehehe...baru berjinak-jinak menjual :) So, Kalau ada yang nak beli, meh la beli dari saya. InsyaAllah, saya jual dengan harga kawan-kawan.

So, entri hari ni nak cakap pasal Shaklee lah ye. Jangan bosan baca tau.

Saya mula kenal dengan Shaklee lepas lahirkan Alisha. Lepas masuk balik kerja, pengeluaran susu agak menurun sikit. Masa ni risau sangat. Saya salahkan pump Spectra saya. Hehehehe..ada ke patut. Terus beli medela swing. Dan pada masa yang sama saya ambil Set Ibu Menyusu. Alhamdulillah...susu semakin bertambah dah kualiti susu bertambah baik (susu lebih pekat). Dan syukur sangat Alisha dapat susu ibu selama setahun lebih (Saya stop kerana hamilkan Alfeey).

Alhamdulillah, lepas lahirkan Alfeey, saya terus ambil set Ibu Menyusu @ Set Berpantang. Stok susu memang gila banyak (Saya beli Medela Free Style). Breast asyik engorge je. Tiga bulan saya berpantang di kampung sampai penuh fridge. Sudahnya terpaksa menumpang dalam freezer di masjid (Abah saya Tok Siak di kampung). Jadi kerja pulak nak bawak balik ke Puchong. Beli container ais, load dengan ais. Ada yang kena tinggal pun ada. Sebab nak habiskan stok siang malam Alfeey minum EBM. Sudahnya dia tak mau direct feed langsung.

Biasalah, bila dah kerja, sibuk, pastu stress. Masa pump pun tak teratur. Dengan Alfeey yang tak mau direct feed lagi. Hahahaha..ibu pun jadi malas. Sudahnya...stop gitu je...rugi tau Alfeey ni (Ibu dia rasa bersalah sampai sekarang tau).

So..sekarang ni saya amalkan Alfalfa dan Lecithin. Dalam proses menurunkan berat badan. InsyaAllah, manalah tau kot-kot Alfeey nak dapat adik (Ada kena-mengena tak kuruskan badan dengan Alfeey dapat adik). Abah dia bila cakap hal ni..OK je :)

Untuk Alisha dan Alfeey, saya amalkan Meal Shake dan Chewable Vita C.

Bila dah amalkan Shaklee ni, ada lah terasa perbezaan dengan ketika saya ambil vitamin yang saya beli di farmasi dulu :) Adalah 3 brand yang selalu saya beli. Kita hanya merancang dan berusaha. Allah yang menentukannya. Dan nak makan atau tak nak makan vitamin ni terserah kepada individu. Perubahan tu memang kita tak boleh perolehi on the spot (sesetengah orang semua nak cepat), yang penting kita berusaha dan percaya.



Ini lah perkenalan saya dengan Shaklee dan saya menjadi member Shaklee sejak Oktober yang lalu :)
Kalau nak boleh order je ye...

Broaden News