Program 'UM Big Walk' @ Nutriferon

February 24, 2014 ILA shafila 0 Comments

Assalamualaikum

Sabtu lepas Cik Ila menyertai program 'UM Big Walk' anjuran Pusat Sukan UM.

Program ni merupakan cetusan idea Naib Canselor baru UM, Prof. Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin untuk menjadikan hari Sabtu sebagai Hari Bersukan UM di kalangan pelajar dan warga kampus UM bagi mewujudkan warga UM yang lebih aktif dan sihat malahan menghidupkan suasana kampus hujung minggu. Ewah ayat Cik Ila (copy paste sebenarnya).

Cik Ila pergi bawa Alisha dan Alfeey. Adeh....jadi orang terakhir yang sampai. Melayan karenah diorang sepanjang jalan. Alfeey pulak dari start lagi dah minta dukung. Huhuhuhu.....tapi seronok.


Dua-dua dah penat. Satu jam berjalan dalam UM. Harus bawa stroller kalau ada lagi program macam ni :)

Balik rumah, Cik Ila bagi nutriferon setengah paket seorang, sebab badan diorang dah rasa macam nak demam, Alhamdulillah, sejam lepas tu segar balik. Bila dah segar....satu rumah dah macam kapal nak karam (hujung minggu memang rumah Cik Ila macam ni ye).


Ini lah rupa nutriferon tu. 

Sedikit fakta tentang Nutriferon:

Apa itu Nutriferon?
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya?
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.

Siapa yang perlukan Nutriferon?
Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu, demam ,cancer, asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Bagaimana ia bertindak?
Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Bye---Bye---Bye---



Thanks for reading this entry....

Berminat nak beli produk Shaklee,
pm/wassap Cik Ila ye
0129264020

0 comments:

Alisha's new haircut.

February 21, 2014 ILA shafila 0 Comments

Assalamualaikum..

Cik Ila balik je dari USM,
Alisha cakap nak potong rambut macam Mia Sara.

Adeh...gara2 tangok iklan tv ni.


Petang sikit, Cik Ila bawa dia pi potong rambut kat kedai.

Yang ni rambut Mia Sara versi Alisha.

Kena bangun awal pagi. Muka pun sembab lagi.


Balik sekolah  petang tu, "Ibu, kakak nak rambut panjang."

Adeh....mana nak panjang nya sayang. Tunggu je lah sampai rambut awak tu panjang balik :)


Thanks for reading this entry....

Nak beli produk Shaklee,
pm/wassap Cik Ila ye
0129264020

0 comments:

Boom Boom Boom

February 08, 2014 ILA shafila 0 Comments

Meriah betul kat penang malam ni :) 
Dari tadi dok boom boom sana sini. Bunga api dan mercun.Hehehehe....
Tak pa lah sekali sekali sekala. 
Sambil layan buku......update blog ni kejap.
Terganggu sebenarnya. Hahahaha.....
Lagipun tak dapat nak layan MLM...huhuhuhu


Meja ni oleh tahan kemas lagi. Hehehehe...
Kat lappy pulak on je citer My Love From Another Star.
Haipp...ni study ke apa ni?

Input - transformation - Output
productivity
product life cycle
TQM

hehehehehe.......ni topik dalam Operation Management
Cik Ila mengong kejap.
PB banyak lah lepas ni.....

Waaa....rindu pulak kat double AA Cik Ila kat kampung.
Tak pa...seminggu je lagi....

Thanks for reading this entry....




0 comments: