Shopping di LAZADA

Breaking

Thursday, July 03, 2014

UYDL2 by Nazali Noor


Gara-gara terjumpa video belacan Fynn Jamal di Youtube awal tahun lalu, saya menjadi peminat Fynn Jamal. Mula membelek2 FB page, blog, instagram. Dari situ saya mengenali Nazali Noor, seorang anak muda hebat yang berhijrah ke England. Dan kini merupakan seorang Pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. 

Dari situ saya mula mengikuti penulisan blog Nazali Noor dan terjebak dengan buku hebat Ulu Yam di Liverpool (UYDL). Kisah budak kampung yang sangat inspiring membuktikan bahawa impian juga mampu menjadi kenyataan. Bila dapat tau UYDL2 akan diterbitkan, saya bertambah TERUJA kerana buku kedua ni, Abang Naz banyak bercerita tentang kisah hijrahnya ke Liverpool. Cepat-cepat booking untuk UYDL2 edisi terhad dari Fazrina Ariff. 

Hari ke 3 selepas launching edisi terhad UYDL2, buku hard cover UYDL2 siap bertandatangan sampai di tangan. Dalam UYDL2 ni, Abg Naz banyak bercerita tentang suka duka cabaran kali pertama menjejak kaki di Liverpool. Mesti comel 'penguin-penguin' berjalan dalam airport tu. Baca bab 1 pun dah rasa sebak. Hahaha...tak aci tau Abg Naz. Orang tengok cerita hindustan je nangis tau. Lagi tak sangka, dengan sikap orang melayu kita. Mungkin tak semua tapi yang segelintir itu lah boleh memporak porandakan ukhuwah.

Dalam UYDL2 juga Abg Naz ada bercerita tentang arwah ibu bapanya, mertua, anak-anak, adik beradik, kawan2. Paling best mestilah bila baca cerita tentang Kak AIN. Satu bab yang hanya terdapat dalam UYDL2 edisi terhad.

Terima kasih Abg Nazali Noor.
UYDL dan UYDL2 memang buku-buku yang INSPIRING.


 

P/S: Fully recommended by me :)

No comments:

Post a Comment