2 minggu punya cerita.

Bismillah...

Dah dua minggu tak jenguk blog tercinta ni. Hehehehe....Lepas raya banyak pulak kerja lab nak disiapkan. Setakat ni ada lagi 282 yang nak disiapkan sebelum hujung bulan ni. Chaiyok Cik Ila :)

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan USM dah keluar. Cik Ila bangga dengan keputusan Cik Ila. Untuk sesi baru ni Cik Ila daftar 24 kredit. Weeee...semua subjek major ni. Harap2 tahun ni Cik Ila dapat buat yang terbaik lagi lah. Cik suami kesayangan pun buat keputusan nak sambung belajar juga. Memandangkan dia di Miri, Open University menjadi pilihannya. InsyaAllah...semoga kami berdua beroleh kejayaan. I love you so much abg.

Anak-anak pula, seperti biasalah...Alisha suka sangat berselfie sekarang ni. Bukan sorang2 tapi dengan ibu. Bila tengok balik gambar2 tu..macam ibu pulak yang terlebih over. Alfeey pulak, tangan dia cepat betul. Sama ada penumbuk atau pun penampar. Kalau tak kena dengan angin dia, kakak lah jadi mangsa. Jangan terbawa bawa sampai ke tadika sudahlah. Tahun depan, Alfeey pun akan ke tadika yang sama dengan Alisha.

 

Lain-lain perkara berjalan seperti biasalah. Ambil masa seminggu juga untuk tune ke rutin harian seperti biasa. Ye lah...3 minggu kot cik suami bercuti. Ada helper kat rumah, Cik Ila jadi lemau. Anak2 lagi lah. Anyway, thanks abang.


Ok..cukup untuk kali ni. Oh sebelum lupa...ada yang nak beli GLA? Do contact Cik Ila ye. Bye bye...



Post a Comment

0 Comments