Follow Me @noorshafila

Wednesday, October 29, 2014

Nasi Lelapan

October 29, 2014 1 Comments


Assalamualaikum, salam buat semua.
Terliur tak tengok gambar atas ni?
Gambar versi homemade saya.
  Ada ayam goreng, ulam bendi, kacang panjang, kobis, tauhu dan tempe goreng serta sambal belacan. Saya tulis ni pun dah kecur air liur. Yum...yum...yum...

Kali pertama saya makan masa di Miri beberapa tahun lepas (dah lama betul).
Cik suami balik cuti hari tu, dapat lah merasa makan lagi. Senang je nak buat sebenarnya. 

Waa...tetiba teringin pulak.
Nak buat untuk makan seorang...tak berbaloi lah pulak rasanya.
Mmmmm......Apa2 pun..terima kasih singgah di blog saya ye. Jangan lupa tinggalkan link ye..boleh lah saya kunjung balas.




Thursday, October 23, 2014

Cabaran Blogging Cik Ila

October 23, 2014 3 Comments
Assalamualaykum

Uishhh...tajuk tak hengatkan entri ni.
Sebenarnya saya tengah mencabar diri untuk berblogging setiap hari.
Sepatutnya semua entri tu dibuat di dalam blog ni. Alih2....terlaksana di Insta dan FB pulak. Bila nak share di blog...tak boleh pulak nak embed post.
Anyone can help me?

Alright...Ini kiranya entry pertama cabaran blogging Cik Ila. Versi panjang sikit dari insta dan FB :)



Bila tengok Cik Abah mengerjakan siput. AA menjerit jerit sampai rasa bingit telinga bila tgk siput dok merayap naik ke dinding bekas, walaupun dah di 'cederakan' cengkerangnya. Kalau tengok yang belum masak ni memang menggelikan. Tu sebab, kerja2 mencederakan siput ni bagi kat Cik Abah....our SUPERHERO kat rumah ni.

Ini antara dialog saya dengan Alffey yang saya ingat.

Ibu: Adik nak makan siput tak?
Alfeey: Adik tak nak makan shiput. Adik takut shiput. (Sambil menjerit2)
Ibu: Betul ni tak mau makan?
Alfeey: Adik tak nak makan shiput. Adik takut shiput. (Jawapan yang sama sambil menjerit2 suruh cik abah tolak siput ke bawah)

Kita tengok nanti....bila dah siap masak dia takut lagi tak. Hehehehe.....

Siapa suka siput masak lemak? Menu malam ni siput masak lemak dengan nenas. Air tangan cik abahlah. Bila dah namanya air tangan cik abah. Rasanya mestilah super duper delicious. Habis lah ibu kena jadi tukang sedut siput untuk AA. Orang yang sibuk cakap tak nak makan mula2 tadi lah yang makan paling banyak.

Bagi yang dah berkahwin dan cik suami berkerja jauh dan hanya dapat balik 2/3 bulan sekali macam saya, PENTING untuk luangkan masa berkualiti ini sebaik mungkin antara satu sama lain. Walaupun kadangkala kepala angin saya turun naik (huhuhu...guilty).

Ada yang nak beli Jamu Seri Bonda atau Shaklee? Jangan malu2 contact saya ye.  ‪#‎GobokCikIla‬ sentiasa buka.

Call/sms/whatsapp 0129264020
Cod sekitar puchong dan uni malaya.

Friday, October 10, 2014

Demam Loom Bands

October 10, 2014 0 Comments
Alisha dah terjangkit dengan loom bands ni balik kampung raya haji lepas. 
Balik saja dari kampung asyik dok minta belikan...


Bagi dia main 30 - 60 minit je


Masalahnya.....ibu pulak yang kena buat banyak-banyak sebab dia nak bagi pada kawan-kawan di tadika.
Adeh....


Untuk kawan-kawan dia.

Psss...kalau kreatif boleh bentuk macam2 design. Tak caya? Cuba search loom bands kat google image.
Ad Banner