Follow Me @noorshafila

Tuesday, August 26, 2014

Tribute MH17 dan MH370

August 26, 2014 0 Comments
Bismillah

Terjumpa video kompilasi tribute untuk MH17 dalam facebook. Memang tak tertahan air mata ini. Sangat menyentuh perasaan tatkala melihat kesedihan waris-waris mangsa. Semoga mereka tabah.





Dan ini video tribute untuk MH17 dan MH370 dari Malaysia Airline Fleet. Sesungguhnya tragedi akan sentiasa dalam ingatan kita. 


Al-Fatihah

Friday, August 22, 2014

Selamat pulang.

August 22, 2014 0 Comments
Bismillah..



Setiap kali mendengar atau membaca perkembangan tentang MH17, sebak terasa sehingga menitiskan air mata. 
Alhamdulillah....mereka kembali hari ini. 
Selamat pulang kembali ke tanah air. Bersemadilah dengan aman. 
Buat seluruh keluarga dan kenalan mangsa, bertabahlah menghadapi dugaan ini.

Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadanya kita akan pulang.















Sebagai rakyat Malaysia, marilah sama2 kita menyahut seruan kerajaan untuk bertafakur selama seminit sebagai penghormatan terakhir kita kepada semua mangsa. 



Al-Fatihah.

Tuesday, August 19, 2014

2 minggu punya cerita.

August 19, 2014 0 Comments
Bismillah...

Dah dua minggu tak jenguk blog tercinta ni. Hehehehe....Lepas raya banyak pulak kerja lab nak disiapkan. Setakat ni ada lagi 282 yang nak disiapkan sebelum hujung bulan ni. Chaiyok Cik Ila :)

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan USM dah keluar. Cik Ila bangga dengan keputusan Cik Ila. Untuk sesi baru ni Cik Ila daftar 24 kredit. Weeee...semua subjek major ni. Harap2 tahun ni Cik Ila dapat buat yang terbaik lagi lah. Cik suami kesayangan pun buat keputusan nak sambung belajar juga. Memandangkan dia di Miri, Open University menjadi pilihannya. InsyaAllah...semoga kami berdua beroleh kejayaan. I love you so much abg.

Anak-anak pula, seperti biasalah...Alisha suka sangat berselfie sekarang ni. Bukan sorang2 tapi dengan ibu. Bila tengok balik gambar2 tu..macam ibu pulak yang terlebih over. Alfeey pulak, tangan dia cepat betul. Sama ada penumbuk atau pun penampar. Kalau tak kena dengan angin dia, kakak lah jadi mangsa. Jangan terbawa bawa sampai ke tadika sudahlah. Tahun depan, Alfeey pun akan ke tadika yang sama dengan Alisha.

 

Lain-lain perkara berjalan seperti biasalah. Ambil masa seminggu juga untuk tune ke rutin harian seperti biasa. Ye lah...3 minggu kot cik suami bercuti. Ada helper kat rumah, Cik Ila jadi lemau. Anak2 lagi lah. Anyway, thanks abang.


Ok..cukup untuk kali ni. Oh sebelum lupa...ada yang nak beli GLA? Do contact Cik Ila ye. Bye bye...



Broaden News