Follow Me @noorshafila

Tuesday, November 25, 2014

Tangan gatal ke gatal tangan?

November 25, 2014 0 Comments
Adeh...ini lah akibatnya bila tak sabar tengok cik jerawat menjengah.
Belum masak ranum lagi dah gatal nak suruh dia keluar. 
Duduknya di tengah-tengah dunia. Sangat ketara lah. 
Pengajarannya.....sabar separuh dari iman. 


Ps: Sorry ye..entry ni merapu sikit.


Thanks sudi singgah...


Wednesday, November 19, 2014

Lucky draw

November 19, 2014 1 Comments
Yay..dapat lucky draw hari ni. 
Seumur hidup rasanya ini yang pertama. 
Tak hebat mana pun.
Tapi.....

It's a LUCKY DRAW


Alkisah, pagi tadi ada Labcon Road Show, diorang datang lab@office untuk demo product.
Lepas demo, isi borang lucky draw dan like page MATRIOUX kat facebook.
Dalam pukul 1 dapat call kata terpilih untuk lucky draw. 
Kebetulan keluar cod JSB....pecut bawa kereta balik ke fakulti.
Hehehe...lucky draw kan.


Thanks for reading this entry.....

Friday, November 14, 2014

Friday, November 07, 2014

Alisha di taekwaondo Championship

November 07, 2014 1 Comments
Cerita dah basi tapi baru teringat nak tulis. Hehehe....

19 Oktober lepas, Alisha sertai Astral Poomse and Basic Taekwondo Championship 2014 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Untuk kumpulan tali pinggang kuning 5 tahun. Slot Alisha ni sesi pagi. Nasib baik abah dia balik bercuti masa ni. Makanya senang lah ibu nak handle dua-dua. Memang tak menang tangan tau seorang menjaga anak2 usia 3 dan 5 tahun ni.

Layan gambar ye..

Tengah mendengar arahan abah

Sepanjang sesi pertanndingan.

Nama pun budak perempuan. Bila dah jumpa kawan.....




Keputusannya,


Tempat kedua :)


Layan sikit videonya. Ada 2 pusingan.



Last sekali....time selfie ibu dan anak2 lah.

 

Congrats kakak.

Thanks for reading this entry.

Wednesday, November 05, 2014

Cerita Pink dan Encik Sotong

November 05, 2014 0 Comments
Saya pernah tulis entri tentang PINK kat SINI dulu.

Nah...satu lagi masuk dalam koleksi. Tak mahal pun. RM20 je. Sekali pandang je terus tergoda. 
Adeh....macam terpengaruh dengan En Sotong lah pulak. 


Boleh lah nak pakai jenjalan isi jajan anak2 dan juga barang2 kecik mak depa. 

Dan ini....beg kerja saya. Tak makai handbag pun. 
Senang nak ngangkut pagi-pagi. Mana tak nya....dua2 tangan dah memimpin anak kesayangan berdua tu.


Saper layan Suamiku Encik Sotong?
Tak pernah tengok lelaki badan tough jadi sotong lagi. Bila tgk Sharnaaz Ahmad jadi sotong.......
Korang rasa lawak dan sweet tak?
Saya tak baca novelnya lagi. Memang tak tau langsung jalan ceritanya. Dan takkan baca kot.
Sebab nak tengok versi layar perak sepenuhnya.
Tapi..seminggu sekali lah pulak. Adeh......


Psstt...jangan rasa pelik ye bila mak yang dah masuk umur 3 series dan anak 2 minat PINK.


Thank you for reading this entry