Follow Me @noorshafila

Wednesday, December 17, 2014

Trip Alisha ke FITC

December 17, 2014 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Ingat tak dalam entry lepas, saya ada bagi tau yang Alisha pergi ke Farm In The City (FITC). Baru dapat gambar-gambar masa kat sana dari page Tadika kakak.

Belek punya belek, ibu ni boleh tak perasan yang mana satu kakak bila dah ramai-ramai pakai uniform yang sama. Nasib baik terperasankan cap Hello Kitty yang kakak pakai. Jom tengok gambar-gambar kakak masa kat FITC.


Sampai macam tu sekali kakak. Entah apa lah yang dia tengok tu :)


Pegang tangan ramai-ramai.





Ular!!!!


Telur ostrich











Agaknya ni lah kot 'abang muka coklat' yang dia sibuk bercerita tu.








Kakak @ BFF ibu.


Dapat sijil


dan juga complementary ticket.

Jadi, ibu ngan abah kena bawa kakak dan adik pergi juga lah nanti :)

Thanks for reading this entry.


Friday, December 12, 2014

Kisah anak2

December 12, 2014 1 Comments
Assalamualaikum semua :) :) :)

Lama juga tak update pasal anak2 dalam ni. Lagipun dah nak masuk pertengahan disember. Tak sabar nak tunggu hujung minggu depan. Why? Hehehe..mestilah cik suami balik bercuti. Dapatlah berkumpul satu keluarga....Abah + Ibu + Alisha + Alfeey. Cik Suami akan bercuti sampai buka sekolah nanti. Heaven sangat sebab masa ni lah dalam hati ada taman (nak muntah) hahaha...


AA attending school holiday program kat tadika. Jadi, sejak dari cuti sekolah mula, memang dua-dua ikut ibu keluar pagi lah. Kelam kabut dibuatnya bila menguruskan dua-dua orang sekali. Pukul 5 dah kena bangun siapkan baju da sarapan. Tak de sarapan memang meragamlah sepanjang jalan dua-dua orang. Kakak memang dah biasa, adik baru je mula. Sebelum ni hantar kat taska dekat rumah je. Adat lah, bila dah berdua...macam-macam cerita. Sudahnya..ibu jadi tarzan pagi-pagi. Dari depan sampai ke ruang bonet depa main. 

Memang dah tak de nya nak makai seat belt bagai. Buat mengamuk nya. Jadi, ibu kena drive macam kura-kura. Tak...laju sikit dari tu. Hehehe....


Ye lah sangat ko baca buku tu adik :)

Program cuti sekolah kali ni ada dua trip. Ke Farm In The City (FITC) dan Dinosaur Park. Kakak je boleh pergi, adik tinggal je kat tadika tu. Belum masanya lagi nak lepas pi ikut trip ramai2 tu, tak terkejar teachers nanti. Bila dengan ibu pun tak terkejar dibuatnya (phenat ngejor dia). Pasal trip ke FITC tu, kakak dah pergi minggu lepas. Banyak lah dia bercerita. Almaklumlah....kakak ni kepoh sikit.


Lukisan ni dia lukis untuk adik. Konon-konon masa dia kat FITC lah. Dia kata FITC ni untuk good animal je. Sebab boleh pegang-pegang. Ye sangatlah kakak.  Nanti kita pergi satu family pulak ye.


Sebenarnya, birthday kakak 10.12 lepas. Dah 5 tahun anak dara ni. Tak celebrate pun sebab nak kumpul sekali dengan birthday ibu 14.12 dan juga ulang tahun perkahwinan ibu  dan abah juga pada 14.12. Sekali harung je. Hehehe.....boleh beli kek besar ni. Alfeey pulak celebrated his 3rd birthday pada 2.11 kat taska dengan kawan-kawan. Alhamdulillah. Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh dan solehah. 

Ok cukup sampai sini dulu. Selamat bercuti hujung minggu ye.

Thanks for reading this entry.



Ad Banner