Follow Me @noorshafila

Friday, January 23, 2015

Saya di USM

Hi...salam buat semua. Saya sekarang berada di USM :) menjalani rutin sebagai pelajar sepanjang dua minggu. Ada tak sesiapa yang buat pjj USM ni? Boleh lah kenal-kenal.

Masuk hari kedua dah kat sini sebenarnya. Hero dan princess kena tinggal di kampung dengan opah dan atuk. Dari hari pertama lagi, kesihatan tidak berapa nak baik....demam, selsema dan batuk. Dan of course lah together dengan sakit kepala. Hingus dah meleleh tahap air terjun Niagara lagi. Mana nak angkat barang-barang lagi. Dah lah tingkat atas sekali. Memang tumbang. Tapi disebabkan ada kelas...memaksa diri juga lah. Nasib baik tahun ni tempat penginapan dekat dengan dewan kuliah. Tak lah tergesa-gesa sangat. Tapi....line WIFI kalah siput. Shower room kat level ni pulak, satu je yang ada air tapi mak aih , macam malu-malu nak keluar. Oh cepat lah habis dua minggu ni. Rasa kosong je bila takde budak berdua tu.

Wokeh lah....nanti sambung cerita lagi. Mata dah berat.


No comments:

Post a Comment