Follow Me @noorshafila

Wednesday, April 15, 2015

Kami memancing

Hujung minggu lepas, balik kampung keluarga mertua di Keratung 5. Dah lama tak balik ke sana sebenarnya. Kali terakhir balik pun masa cuti raya tahun lepas. Bila PJJ dengan suami ni, tiap kali dia balik bercuti memang habiskan masa kat rumah je. Tambah pulak bila Alisha dan Alfeey dah ke tadika, memang lah susah nak suka-suka ambil cuti. Lagipun, saya memang tak suka nak mengajar anak ponteng kecuali memang ada urusan yang betul-betul penting.

Sesetengah orang cakap...alah anak tadika je kot, ponteng dua tiga hari apa lah sangat. Tapi bagi saya....It's a big NO NO NO. Dari kecil nak kena ajar soal disiplin ni.

Ok berbalik pasal balik kampung, Alisha dan Alfeey berpeluang lah nak ikut abah pergi memancing ikan puyu (termasuk lah ibu). Kat kolam je pun. Tapi yang penting, ini pengalaman baru buat Alisha dan Alfeey. Bagi depa berdua rasa pegang batang mancing.


Siap pakai topi lagi si Hero ni.


Tengah tunggu Pak Ngah settle kan joran mancing.



Alisha menunggu ikan makan umpan. Macam tak percaya je dia dapat bawa naik 2 ekor ikan keli. Tapi ikan-ikan tu lepas semula sebab nak kan ikan puyu saja.


Hero dah mula ajak balik. Hahaha....dia tak minat mancing rupanya.


Alisha tukar tempat. Nak duduk dekat abah. Terkial-kial dia menahan gatal kena gigit nyamuk.


Kemuncaknya, abah dapat ikan keli besar ni. Excited sangat. 

Sekejap je pun kami dekat kolam ni. Asyik dapat ikan keli je......ikan puyu dapat seekor je. Rasa tak berbaloi pulak nak bawak balik. Lepas balik ke dalam kolam lah. Malamnya gerak balik ke Puchong :)

No comments:

Post a Comment