Car Seat untuk anak-anak.

Dari lahir anak-anak saya memang jarang diletakkan di dalam car seat walaupun bila travel jauh macam balik kampung. Bukan tak mementingkan keselamatan anak-anak. Tapi disebabkan tak tahan dengar depa menjerit bila duduk dalam tu. Masa Alisha seorang boleh lah nak riba dia saja. Bila dah ada dua, seorang riba dan seorang letak dalam carseat. 


Tapi bila dah makin besar, Alfeey pun mula pandai menjerit tiap kali letak dalam tu. Nak main dengan kakak dia. Jadi, saya lipat semua tempat duduk belakang. Bentang comforter bagi depa baring atau duduk sambil main. Puas main depa tidur.


Bila dah masuk ke tadika di tempat kerja. Lagi lah lama perjalanan sementara nak sampai. Ditambah dengan jalan sesak, mau sejam lebih baru nak sampai. Anak-anak pulak jenis cepat jemu. Mula lah melompat sana sini. Dari depan sampailah ke bahagian bonet belakang. Ibu dah jadi macam tarzan panggil depa duduk diam pun tak peduli. Mula orang kat luar yang memandang terfikir 'ini taman permainan ke kereta?' Bukan sekali dua depa tergolek jatuh bila ibu brek mengejut secara tiba-tiba. Huhuhuhu.

Tapi dengan kadar kemalangan yang meningkat sekarang ni. Rasanya kena paksa juga anak-anak duduk dalam carseat/booster. Ngeri tak dapat di bayangkan kalau terjadi apa-apa melibatkan anak-anak. Makanya, Ibu depa ni pun membeli lah dua biji booster car seat bagi depa try. Mula-mula tak rela juga. Tengok lah gaya Alfeey tu.


Tapi Alhamdulillah, bila dah dijadikan amalan (kena paksa tiap kali naik kereta), anak-anak berdua ni dah ok. Tiap kali masuk kereta je terus duduk dan pasang tali pinggang. Dah tak de lagi nak melompak ke depan depan dan belakang lagi. Ada juga waktu-waktu depa tak mau pakai tali pinggang tu tapi pujuk2 pakailah juga.

 Saya beli yang ni saja. Mudah cara menggunakannya. Serta jimat ruang. Yang penting anak2 pakai tali pinggang.

Pada yang masih berkira-kira nak membeli, anda boleh menyewa terlebih dahulu secara percuma daripada website paultan.org. Car seat yang disediakan adalah dari jenama SNSKIDZ Star yang mempunyai sijil keselamatan ECE R44. Kerusi boleh digunakan untuk kedua-dua kategori iaitu 0-10kg (menghadap ke belakang) dan 10-25kg (menghadap ke depan).

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat sewaan ini, hanya dengan deposit RM150 anda boleh menyewa sebuah car seat demi untuk keselamatan anak anda. Klik di SINI untuk terus ke borang sewaan dan maklumat lanjut.


Sempena nak cuti perayaan ni, kadar kemalangan selalunya akan meningkat. Bak kata pepatah malang tak berbau. Beringat-ingatlah keselamatan orang yang tersayang. Pandu selamat ye kawan-kawan.

Selamat Berpuasa.

Post a Comment

0 Comments