Chicken Pox @ Cacar air

Assalamualaikum semua :)

Dah hampir seminggu Alfeey kena chicken pox. Kat kaki dan tangan kurang tapi banyak keluar di bahagian badan dan belakang. Yang di bahagian muka pun boleh kira tak sampai 10 biji pun.
masa ni baru mula nak keluar.

Perasan juga dua tiga hari sebelum tu, badan dia macam panas je. Demam biasa kot....sebab melasaknya tetap macam biasa je. Lepas tu, kecoh dalam group whatsapp Tadika, dua tiga orang anak2 dah kena chicken pox dan makin bertambah pulak sampai pengetua hantar notis tadika ditutup sehingga diberitahu untuk tujuan pembersihan dan pemeriksaan oleh KKM. Alamak! saya tengah periksa lagi minggu tu....minggu depannya pulak (isnin lepas), sesi sekolah sepatutnya dah mula balik. Hari jumaat tu pulak....badan Alfeey dah mula naik bintik-bintik merah. Kesian dia tergaru-garu sebab gatal bila bintik2 merah tu mula jadi gelembung air. Disebabkan dah lewat petang, esok saja baru nak bawa ke klinik.

Hari sabtu tu ke klinik dan doktor sahkan itu chicken pox. Nasib baik tak tumbuh dalam mulut katanya. Dia periksa Alisha sekali takut ada simptom chicken pox. Alhamdulillah tak de. Mana tak nya, masa dua tahun lebih dulu dia dah kena.

Ubat-ubat untuk Chicken pox:

Calamine lotion - sapu masa malam
Acyclovir cream - sapu masa siang
Zorax suspension - antiviral
ubat tahan gatal
ubat demam

Petang tu, mula bagi air kelapa dan makan ayam....biar semuanya keluar cepat. Zorax suspension bila dah habis keluar semua baru saya start bagi. 

Menangis sebab dia geli tengok badan dia. 

Tetiba je nak pakai baju. Kalau tak susah betul nak berbaju.

Sepanjang minggu ni, gilir2 jaga dia dengan abah. Hari abah duty...dia ikut ibu ke office. Tapi itu lah.....tak sihat macam sihat je. Dan nasib baik isnin tadika dah buka balik, jadi kakak kena sekolah macam biasa.

sempat posing lagi sementara adik nak jumpa doktor

Sedikit Info tentang Chicken Pox

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Jangkitan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Jangkitan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Penghidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul 
dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
  • Demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan 
  • Sakit kepala
  • Rasa tidak selesa
  • Letih dan terganggu
  • Batuk ringan
  • Hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul
Kepada ibu bapa yang dah perasan anak-anak kena chicken pox ni, janganlah hantar anak-anak ke taska, tadika, sekolah. Kasihan anak-anak lain pun terjangkit. Memanglah setiap orang akan kena sekali seumur hidup tapi bila kena masa dah besar sikit, diorang dah boleh tahan sakit dan gatal tu.

Post a Comment

0 Comments