Follow Me @noorshafila

Tuesday, June 30, 2015

Kisah di Klinik

Hari tu kat klinik,
Bawa Alisha sebab demam.
Masuk seorang budak perempuan ni dengan ayah dia
Kelam kabut je bertanya tentang xray dan medical check up
Tanya pasal bayaran, pekerja tu cakap RM180.
Ayam diam je bila anak kata "sekejap" sambil keluar.
Anak keluarkan telefon......dengar dia cakap "Mak..." bercerita tentang bayaran yang kena.
Agak lama juga baru mereka masuk balik.
Anak tanya kat pekerja bila boleh siap sebab hari Isnin dia dah nak kena daftar.
Pekerja tu kata hari Khamis.
Anak tanya lagi "bila kena bayar"
Pekerja tu kata hari ni.
Sambil pandang wajah ayah, anak duduk di kerusi dan tunduk kepala.
Ayah pelan-pelan keluarkan duit dan kira.
Tiba-tiba pekerja tu cakap "buat dulu nanti hari Khamis boleh bayar"
Baru nampak senyuman dari ayah. Terus dia simpan balik duit. Anak pun nampak macam lega.
Terus pakcik tu tegur saya yang baru nak ambil ubat.
Saya tanya "anak dapat mana pakcik?"
"IKBN" sambil senyum bangga.

No comments:

Post a Comment