Follow Me @noorshafila

Tuesday, June 30, 2015

Penderaan: Bila akan berakhir

Sedih dah luluh rasa hati bila membaca kisah dan penderitaan mangsa dera di media. Itu yang kita tahu. Mungkin banyak lagi yang tidak dilaporkan. Saya sendiri tak berani nak bercakap banyak kerana saya sendiri ada keluarga dan anak-anak.

Hari ini terbaca tulisan Dr Rozanizam Zakaria di FB mengenai PENDERAAN: TIDAK BERAKHIR DENGAN SEMBUHNYA LUKA. Boleh baca di SINI. Kesan jangka masa panjang penderaan tidak mungkin berakhir semudah ‘melupakan’. Tanpa sokongan yang sepatutnya, kesannya boleh kekal seumur hidup. Bagi yang telah 'pergi' penderitaan mereka sudah pasti berakhir. Bagi yang masih hidup dan terpaksa melalui kehidupan dengan kecederaan emosi dan fizikal, semoga Allah memberi memberi kehidupan yang baik kepada mereka.

Allahu...ngeri bila membaca kisah-kisah penderaan dan bagaimana cara mereka didera. Tak tertahan rasanya badan ni menanggung. Apatah lagi kanak-kanak kecil. Kebanyakannya telah didera 6 bulan ke atas dan dari keluarga yang berpisah. Adakah hukuman bagi kes penderaan kanak-kanak di Malaysia terlalu ringan?









Semoga kita dilindungi Allah dari melakukan perkara-perkara sebegini.



Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment