Follow Me @noorshafila

Wednesday, July 15, 2015

Raya kat Puchong je

Ramai yang dah mula pulang ke kampung, memandangkan sekolah mula bercuti hari ini. Jalan raya pun lengang je. Bayangkan 25 minit saya dah boleh sampai ke tempat kerja. Kebiasaannya sejam lebih. Bahagia betul kalau sepanjang tahun macam ni....bukan bila cuti persekolahan atau perayaan saja.

Saya pulak, tahun ni nak tergesa-gesa sangat nak balik raya sebab cik suami kena kerja sehari sebelum raya sehingga raya kedua. Lepas raya kedua baru gerak balik ke kampung..... Pahang dulu kemudian baru Perak. Dah mula terbayang kepenatannya :) Jadi kita beraya di Puchong dulu lah tahun ni. Jemputlah datang rumah (Psst...malam ni baru nak mula cari baju raya untuk anak-anak. Hehehehe...)

Untuk persiapan biskut raya, tak de beli pun. Cubaan membuat biskut menjadi tahun ni. Dah ada dua jenis :) Bergantung pada kerajinan..ingat nak tambah satu lagi. Malam raya nanti baru nak bakar kek.


Red Pearl Cookies kata resepinya yang saya ambil dari blog kak Azlita. Resepi yang mudah dan senang faham. Ceri merah tu basau-besau sebab princess yang potong. Sibuk je dia nak menolong.


Satu lagi Red Velvet Cookies. Ok lah kan dari tak de langsung. Kot kot ada tetamu yang datang. Tapi nampak gaya macam depa berdua je yang akan habiskan. 

Okeylah....pada yang dah mula bercuti dan gerak balik ke kampung halaman. Pandu dengan selamat. Pastikan anda berhenti dan rehat secukupnya sekiranya penat. Selamat Hari Raya :)




1 comment:

  1. Sedapnya..
    Salam Ramadhan n Syawal


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete