Follow Me @noorshafila

Monday, August 24, 2015

Hormat

Nak orang jaga hati kita
Kena lah kita jaga hati orang dulu
Sama juga...
Nak orang hormat kita
Kena lah kita hormat orang dulu
Tak kira lah orang tu tua atau muda dari kita, berpengalaman atau tidak dari kita, berpangkat atau tidak dari kita.

Budi Bahasa tu kan Budaya Kita (betul tak penggunaanya di sini?)



Saya generasi yang lahir di zaman 70-an yang mengikuti rancangan pendidikan di RTM. Maklumlah dulu kan tak de Astro semua tu. Ingat lagi tak kisah-kisah monyet, buaya, kancil dan lain-lain. Semuanya memberi pengajaran yang berharga. Sekarang dah tak de lagi semua tu. 

Nak didik anak-anak hormat orang pun sangat mencabar sekarang. Diorang yang masih kecil ni banyak belajar dari pengalaman seharian. Saya memang kawal dengan siapa anak-anak bermain, terutamanya di kawasan rumah. Sekali dua saya tengok dah lain sangat perangainya memang saya takkan benarkan lagi main sekali. 

Anak-anak saya pula jenis yang ramah. Semua orang depa tegur. Tak kira umur dan bangsa. Malu juga saya sebagai ibu tak berapa nak rajin mulut. Itu sebab saya pentingkan bab hormat orang ni. Tapi dah nama budak-budak. Bila depa dah rasa selesa dengan orang tu, mula lah naik tocang.

Korang macam mana didik anak-anak?

No comments:

Post a Comment